NUFFNANG

Monday 13 July 2009

Isu Minyak Di Kelantan: PAS tidak berhak mendapat royalti

Isu Minyak Di Kelantan: PAS tidak berhak mendapat royalti

Dari Laman Blog: http://www.eizwan.com/

PAS tidak harus mempolitikkan isu royalti minyak dan gas. Dari sudut undang-undang dan moral, ia bukan hak kerajaan Kelantan. Apa lagi dari sudut politik. Kerajaan Kelantan tidak layak menerima royalti itu seperti Terengganu, Sarawak atau Sabah.

Kawasan operasi minyak dan gas di Teluk Siam terletak dalam zon tuntutan bertindih di bawah perjanjian perairan antarabangsa. Ia turut melibatkan Thailand dan Vietnam. Isu royalti bukan perkara baru, kerana ia pernah dibangkitkan di Parlimen oleh pemimpin Pas. Terkini, ia dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa ketika Dewan Undangan Negeri bersidang pada akhir Jun 2009.

Sebelum itu, Husam yang kecundang dalam persaingannya menjadi Timbalan Presiden Pas pernah menyebut, perkara itu akan dijadikan isu dan modal kempen dalam pilihan raya kecil Manek Urai. Husam boleh arah itu dan ini kepada penyokong Pas yang taksub. Tapi dia tidak boleh buat begitu pada Kerajaan Malaysia. Apa lagi pada Kerajaan Thailand atau Vietnam.


Husam tahu beberapa perkara mengenai royalti itu. Tetapi, antara yang dia tidak tahu ialah lokasi pelantar minyak di Teluk Siam itu tiada kaitan dengan kerajaan Kelantan.

Kita minta dia buka peta Asia Tenggara yang tunjukkan Teluk Siam. Kemudian ambil benang dan ukur jarak antara Kelantan, Thailand Vietnam. Siapa paling dekat? Husam juga kurang arif mengenai undang-undang laut antarabangsa. Dia perlu tahu, zon maritim dibahagikan kepada tiga kategori:


KATEGORI PERTAMA:
Dari jarak 0 batu hingga 3 batu nautika tertakluk di bawah bidang kuasa/hak kerajaan Kelantan. Tiada minyak dan gas di sini, sekadar tempat nelayan letak unjam.


KATEGORI KEDUA:
Dari jarak 3 batu hingga 200 batu nautika tertakluk di bawah bidang kuasa/hak kerajaan Persekutuan. Ia dipanggil Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).


KATEGORI KETIGA:
Dari jarak lebih jauh daripada 200 batu nautika dipanggil perairan antarabangsa. Ia menjadi milik bersama Malaysia-Thailand-Vietnam kerana terletak dalam kawasan tuntutan bertindih tiga negara itu. Datuk Mustapa Mohamed lebih arif mengenai royalty, serta ekonomi berbanding Husam. Tok Pa ialah ‘orang ekonomi’ yang pernah menjadi Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (M-TEN). Hari ini, dia menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).


Macam-macam Tok Pa buat untuk membantu rakyat Kelantan, baik masa dia kalah dalam pilihan raya apa lagi jika menang. Tapi sayang, macam-macam tuduhan yang pemimpin Pas buat kepada Tok Pa dan Kerajaan Persekutuan.


Kononnya: Hak kerajaan negeri dicabul.
Kononnya: Rakyat Kelantan dizalimi.
Kononnya: Kerana politik, Kelantan tidak mendapat pembelaan.


Hakikatnya, Kerajaan Pusat beri RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kepada Kelantan. Banyak tu, weh…. Alhamdulillah… Syukur yang amat sangat kepada Allah. Bukankah agama Islam yang dianuti oleh pemimpin dan penyokong PAS meminta umatnya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita dapat?



Bookmark and Share

No comments: