NUFFNANG

Friday, 17 July 2009

Anwar : Cakap Tak Serupa Bikin!

Anwar : Cakap Tak Serupa Bikin!



























Ekoran dari tuduhan Anwar terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Tangkap Muhyidin Kerana Janji Palsu !

KUALA KRAI — Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuat siasatan berhubung janji Muhyidin itu. Anwar merujuk kepada kenyataan Muhyidin Yasin, yang menawarkan untuk membina jambatan baru bernilai RM7 hingga RM10 juta di Manek Urai Lama sekiranya pengundi memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

“Dari sudut undang-undang ia adalah salah, dan saya cabar kalau SPRM betul-betul amanah, tangkap dan siasat Muhyidin kerana buat janji palsu.

“Kalau dia beranilah…Mana boleh kalau hendak jambatan pangkah Umno-BN. Pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan, begitu? Dia ingat bapak dia punya negeri,” katanya lantang disambut sorakan gemuruh penyokong yang hadir dalam ceramahnya pada 12 Julai. Sebelum itu Malaysian Insider melaporkan, PAS telah membuat satu laporan polis terhadap Tan Sri Muhyidin Yassin.

Pasukan peguam Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan di Balai Polis Laloh dan mendakwa Muhyidin telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954.

“Laporan itu dibuat berhubung dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menjanjikan pembinaan jambatan baru bagi merentangi Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.

“Selain itu Muhyiddin juga menjanjikan Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai pada 14 Julai 2009,”kata Penasihat Jentera pilihan raya PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam sidang malam 13 Julai. Manek Urai Lama terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Ia bersempadan dengan Manek Urai Lama, yang dihubungkan dengan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300.

TETAPI ANWAR SUDAH LUPA :

Anwar buat janji selesaikan isu Kampung Buah Pala - DAP!

Bukan DAP tetapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji untuk menyelesaikan kemelut tanah di Kampung Buah Pala.

Itu penjelasan Timbalan Pengerusi Pemuda Sosialis DAP negeri, R.S.N Rayer berhubung isu berkenaan apabila Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C. Tharmaraj berterusan menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Katanya, DAP memang ada membuat janji menyelamatkan Kampung Buah Pala pada pilihan raya umum tahun lalu, namun pihak pertama yang berbuat demikian adalah Anwar sendiri.
''Kenyataannya kebelakangan ini seolah- olah menghentam pakatan pembangkang tetapi beliau harus faham bahawa salah seorang pemimpin dan antara yang pertama pergi ke situ menabur janji untuk cuba selamatkan kampung tersebut adalah Anwar,'' ujarnya.

Beliau turut membidas tindakan Tharmaraj yang berhasrat mengedarkan lebih 20,000 cakera video digital (DVD) mengandungi rakaman janji yang dibuat oleh pemimpin pakatan pembangkang. Menurutnya, beliau difahamkan Tharmaraj merupakan Bendahari Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, justeru sebagai seorang yang menyandang jawatan dalam parti dia seharusnya perlu lebih faham, sekali gus bersama-sama bertanggungjawab atas masalah itu.

Rayer yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima berkata, tindakan serta kenyataan Tharmaraj kebelakangan ini dilihat seolah-olah mempersoal dan mencabar pucuk pimpinan partinya sendiri iaitu PKR. ''Memang diakui janji dibuat, tetapi adakah Tharmaraj selaku Bendahari AMK telah bertindak sebagai ahli parti yang bertanggungjawab, adakah beliau mempersoal pucuk pimpinan PKR sendiri dan tindakannya ini juga macam mencabar serta tohmahan kepada pakatan pembangkang.

''Saya berasakan PKR perlu melihat isu ini sebagai masalah pakatan, jadi mengapa tiada sebarang tindakan diambil kerana sepatutnya beliau perlu diberi amaran dan kalau boleh saya bagi pihak DAP meminta dia dikeluarkan daripada PKR," katanya. Beliau ditemui selepas mengiringi Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang yang juga ADUN Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan berhubung isu pemberian milik tanah lot 698 Bandar Gelugor atau lebih dikenali sebagai Kampung Buah Pala di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rayer menegaskan, beliau bukan meminta Tharmaraj supaya menutup mulut berhubung isu tersebut tetapi mahu dia lebih bertanggungjawab semasa membuat kenyataan sekiranya ia dibuat atas pakatan pembangkang. ''Saya dukacita kerana kita dapati ada kalangan ahli pakatan pembangkang bertindak sebaliknya dan cuba membuat masalah ini sebagai isu perkauman, ini adalah sesuatu yang memalukan pakatan pembangkang terutama PKR," tegasnya.

Sementara itu, Wei Aik yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, dalam laporan polis tersebut pihaknya mempersoalkan proses pemberian kelulusan tanah kampung diberikan walaupun terdapat dua permohonan awal telah ditolak oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum itu.

Komen : Nak berpolitik, tapi tak pandai. Masing-masing saling menuduh antara satu sama lain. Masing-masing tak mengaku berak ditengah jalan, ni....siapa nak basuk taik korang ni???
Kepada penduduk Pulau Pinang, fikir-fikirkanlah pada PRU-Ke13 nanti...masih nak kekalkan pemerintah yang ada sekarang ni ke...Itulah kalau nak menuding jari kepada orang lain, jangan lupa tiga jari lain menuding kepada diri sendiri. Mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...




Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

source : belantan.blogspot.com

kzso : anwar tak pernah buat janji ke dan berapa banyak janji yang anwar taburkan dan tunaikan? terutamanya tentang ayat yang biasa digunakan..."kalau menang malam ini...besssssooook kitaaa ......";

No comments: