NUFFNANG

Sunday, 26 July 2009

KALID GAGAP DAH KECUT TELUR!?

KALID GAGAP DAH KECUT TELUR!?


Aku nak tergelak bila baca ulasan si Kalid Gagap pasal bloggers! Aik lain pulak bunyi si gagap ni bila terkena kat batang hidung dia ya, dulu dia bukan main lagi menyokong bloggers-bloggers semua, sekarang lain pulak cerita!

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihak yang mempunyai dakwaan berhubung sesuatu penyelewengan perlu bertanggungjawab melaporkannya kepada pihak berkuasa dan bukan setakat mendedahkan dakwaan itu di dalam blog.

Abdul Khalid berkata penulis blog mesti bertindak secara 'gentleman' dengan mendedahkan identiti mereka dan bukan 'baling batu sembunyi tangan'.

Beliau berkata kerajaan negeri mengalu-alukan tindakan (melaporkan) itu bagi membuktikan kesahihan dakwaan.

"Kalau berlaku penyelewengan, tanggungjawab masyarakat bukan menulis dalam blog saja tetapi bawa ke pihak yang perlu ambil tindakan. Saya memang galakkan usaha itu tetapi pada saya ada kalanya cerita dalam blog tidak semestinya seratus peratus benar," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pesta Buku Negeri Selangor 2009 di sini hari ini.

Abdul Khalid diminta mengulas dakwaan sebuah laman blog yang mendedahkan dakwaan penyelewengan seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor yang mempunyai kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock. Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco terbabit.

Penulis blog itu yang hanya mahu dikenali sebagai 'T4TBH' atau 'Truth for Teoh Beng Hock turut mendakwa Teoh telah meninggalkan salinan bukti berupa senarai lebih 300 projek kecil itu.

Abdul Khalid berkata ada laman blog yang diwujudkan bertujuan untuk memberi satu pandangan buruk kepada pihak yang disasarkan dan beliau berharap setiap penulis blog mempunyai etika tertentu supaya maklumat yang dikemukakan sahih.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan menyiasat dakwaan laman blog itu, beliau berkata:

"Kita pantau. Kalau betul dakwaan benarbenar berlaku kita ambil tindakan tetapi sekarang kita harap bloggers jangan jadi agen kepada pihak tertentu kerana mereka (bloggers) dianggap kumpulan yang hormati press freedom dan keadilan kepada masyarakat".

"Kita bagaimanapun tidak akan mencari identiti penulis blog ini kerana ia ternyata membuang masa. Kita mesti terima hakikat bila kita adakan 'an open and transparent society' kita akan hadapi keadaan ini tetapi rakyat sendiri punya fikiran matang dan mereka boleh nilai yang mana betul dan yang mana tidak betul," katanya. BERNAMA

Eh Eh, Kalid gagap, kenapa tak nak cari identiti blogger tu? Kalau kau di pihak yang benar kenapa nak takut? Etika apa yang kau cakapkan ini Kalid gagap oi? Bloggers upahan korang tulis ada etika ke? You must be joking Mr Gagap, sebelum kau nak tibai bloggers lain yang tak sealiran dengan kau patutnya kau muhasabah bloggers penjilat kau dulu wahai Kalid yang teramat gagap oi!

Kau nak blogger T4TBH tu dedahkan identiti supaya korang boleh padamkan bukti lagi kan? Semakin lama semakin terhimpit la kamu semua wahai FUCKATAN RIOT oi, walau Ronnie cuba nafi, tapi aku percaya kebenaran akan terbongkar juga nanti!

Kalid gagap, sekiranya dakwaan blog tersebut betul, kau sebagai MB seharusnya meletakkan jawatan dan patut dikenakan tindakan yang sewajarnya, sekiranya tidak kenapa harus kau menggelabah? Aku pelik la, kau dan rakan-rakan kau dari parti gangster DAP tu nampak gelabah lain macam je ni!

Melompat tak tentu hala, tuduh orang tu la, orang ni la, kalau tak bersalah kenapa nak melompat? Kalau dah PM sendiri dah bagi jaminan siasatan ini akan dan sedang dijalankan tanpa campur tangan dari sesiapa pun, maka kenapa korang masih tak puas hati lagi ni?

Can somebody explain to me, kenapa FUCKATAN RIOT melompat dalam isu ini sahaja, kenapa dalam isu kematian seorang pelajar perempuan yang jatuh dari bangunan tak disentuh langsung ya? Kenapa Kalid gagap? Why? Adakah nyawa orang melayu sudah tidak ada nilai lagi?

Lagi satu Kalid gagap isu rumah kau yang macam istana tu pun masih belum reda lagi dan aku tau masih ada banyak isu yang belum terbongkar lagi! So Kalid the gagap man, sebelum kau nak tibai blogger lain, baik kau tengok betul-betul blogger upahan korang yang asyik buat fitnah je 24 jam!

DIMANAKAH KEADILAN WAHAI KALID GAGAP?

No comments: