NUFFNANG

Monday 13 July 2009

PKR Selangor kecoh...MB Selangor Baru ??? DEMO AMK Batal – Azmin Ali Orang Tengah…

DEMO AMK Batal – Azmin Ali Orang Tengah…

Rancangan AMK PKR Selangor mahu adakan Demo Bantahan dan menyerahkan Memorandum kepada MB Selangor di luar Dewan Undangan Negeri Selangor tengahari tadi tidak diteruskan walaupun dengan kehadiran ramai wartawan yang menanti sejak jam 11 pagi.

ADUN Bukit Antarabangsa yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Azmin Ali telah berjaya “memujuk” rombongan AMK Selangor yang diketuai oleh Setiausahanya, Maharul Ismail.

Azmin juga berjaya membawa kumpulan pimpinan anak muda PKR ini jauh dari kawasan umum dan para wartawan dimana perbincangan dibuat secara tertutup disuatu sudut dalam perkarangan masuk Dewan Undangan Negeri.

Namun begitu Memorandum Bantahan tetap diserahkan juga ketangan ADUN Bukit Antarabangsa itu. Malah dalam perbincangan secara tertutup itu, Azmin yang memberikan penjelasan dari perspektif pimpinan kanan PKR turut mengakui bahawa beliau kurang bersetuju dengan “mainan” beberapa EXCO dalam memilih calon calon Ahli Majlis dari parti mereka.

KHALID IBRAHIM DIPANGGIL MENGADAP ESOK JAM 5.30 PETANG
Azmin Ali memaklumkan kepada rombongan AMK Selangor bahawa esok jam 5.30 petang, MB Selangor akan dipanggil mengadap Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali, Saifuddin Nasution dan Azmin sendiri di pejabat PKR Tropicana bagi menjelaskan kekusutan berlaku dalam pentadbiran PKR Selangor.

Hah! Nampak gayanya semakin berada dihujung tanduk nasib Khalid Ibrahim selepas ini. Patutlah minggu lepas Azmin Ali berada muka depan akhbar Sinar Harian mengecam Khalid Ibrahim…, rupa-rupanya dah ada “game plan” untuk memberi rakyat Selangor mendapat Menteri Besar yang baru…..

Informer Blogmaster sempat berbisik tadi “ mengikut cerita dalam AMK Pusat yang hadir mensyuarat Biro Politik PKR baru baru ini, Anwar pernah beri AMARAN kepada Khalid Ibrahim supaya berubah ataupun nanti kedudukan Khalid yang akan diubah…”

No comments: