NUFFNANG

Thursday 16 July 2009

DAP Kedah kembali bertaut dalam PKR setelah dihadiah pusat proses Babi

DAP Kedah kembali bertaut dalam PKR setelah dihadiah pusat proses Babi

Bak Kut Teh
YAN, 11 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi jaminan bahawa rumah penyembelihan babi yang bakal dibuka di negeri ini akan berkonsep mesra alam. Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai tapak cadangan rumah penyembelihan babi di sebuah kawasan di Sungai Toh Pawang di Bedong, yang dicadangkan oleh Persatuan Peniaga dan Penyembelih Babi Kedah. "Salah satu syarat yang kita kenakan untuk tempat sembelih babi itu ialah zero discharge, jadi mereka kena kitar semula air kumbahan itu, tidak boleh buang (ke sungai)," katanya ketika ditemui pemberita di sini Sabtu ini.

KOMEN:
Sejak bila pula Babi disembelih? Sejauh mana Ustaz Azizan nak jamin ”zero discharge”? Air Babi yang dikitar semula nak dibuat mandi atau basuh baju?

Apabila dikatakan ”zero discharge” rakyat yang beragama Islam perlu tahu sedalam-dalamnya bagaimana tulang-tulang babi, kulit babi, kuku babi, bulu babi, gigi babi diuruskan selepas bangkai Babi dibuat sup ”Bak Kut Teh”.

Apakah Ustaz Azizan nak ”recycle” bahan buangan Babi atau Kerajaan PAS nak wujudkan industri hiliran berasaskan tulang Babi di Kampung Sungai Toh Pawang, Bedong.

Hakikatnya penduduk Sungai Toh Pawang menjadi mangsa kerana kampung mereka dijadikan hadiah pusat proses Babi oleh Kerajaan PAS Kedah kepada DAP Kedah untuk mereka bertaut kembali dalam PKR Kedah.

No comments: