NUFFNANG

Thursday, 23 July 2009

PKR Sgor Tak Selesai Lagi...?

PKR Sgor Tak Selesai Lagi...?

sila klik pada imej untuk bacaan lebih jelas

Lihatlah sendiri salinan Surat Bantahan Oleh AMK PKR Klang yang menyifatkan mereka telah dianaktirikan setelah tidak ada wakil yang dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang [MPK] baru baru ini.

Blog ini pernah menyiarkan berita kemelut PKR Selangor sehinggakan Khalid Ibrahim terpaksa mengadap pimpinan PKR setelah peristiwa memalukan hampir hampir tercetus di pejabat SUK Selangor gara gara AMK Selangor mahu berdemonstrasi sebagai bantahan lantikan Ahli Majlis baru-baru ini, klik sini untuk baca.

Terbukti bahawa Khalid Ibrahim semakin berada dipenghujung jalan dan apakah mungkin wakil rakyat Ijok ini akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar setelah bantahan demi bantahan terpaksa beliau depani dan sudah menular sehingga keperingkat akar umbi..? Sungguh rendah NILAI atau value seseorang pemimpin yang mahu menjadi Ketua pentadbiran negeri sekiranya ahli ahli beliau sendiri TIDAK akur dengan keputusannya….

No comments: