Baru melangkah masuk hari pertama ke sidang Dewan Undangan Negeri Selangor selepas dibebaskan dari ISA Mei lalu,ADUN DAP Kota Alam Shah M.Manoharan yang juga aktivis Hindraf sudah mahu tunjuk belang dengan mempersoalkan pemakaian songkok.

Katanya beliau kurang senang melihat Speaker Dewan Negeri Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) memakai songkok semasa menjalankan tugasnya pada persidangan itu.

"Saya tengok Tuan Speaker memakai songkok. Saya tidak bersetuju .. kita berjuang atas prinsip bahawa kita tidak akan memakai songkok kerana tidak diiktiraf sebagai Bumiputera," katanya kepada para wartawan.

Manoharan berkata jika bukan Melayu diberikan status Bumiputera, beliau akan menjadi orang pertama memakai songkok dan Baju Melayu kerana ia bukan pakaian keagamaan tetapi pakaian kebangsaan.

Katanya semua rakyat Malaysia perlu berbangga memakai pakaian kebangsaan tetapi buat masa sekarang bukan Melayu tidak berasa bangga untuk memakainya kerana mereka tidak dilayan sebagai Bumiputera.

"Saya tidak akan gunakannya sehingga saya diberi status Bumiputera," katanya.

Katanya status Bumiputera perlu diberi kepada bukan Melayu yang lahir selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.-

source : agendadaily.com


kzso - lawak kelas pertama! ; macamanalah penduduk kota alam shah boleh memilih 'bangang' dan orang lupa diri yang sedemikian rupa!