NUFFNANG

Monday 20 July 2009

Kematian saksi utama kes rasuah ADUN Pakatan Rakyat, jatuh atau dijatuhkan ?

Edisi Terlewat: Kematian saksi utama kes rasuah ADUN Pakatan Rakyat, jatuh atau dijatuhkan ?


Pertama : Panglima mohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini sejak 14 Julai lepas. Ini kerana panglima baru saja pulang ke rumah selepas beberapa hari berada di luar kawasan kerana urusan kerja. Alhamdulillah kesempatan masa lapang ini saya ambil sementara masih ada waktu untuk memberi pandangan tentang beberapa perkara yang telah berlaku di negara kita.

Dalam suasana kita masih lagi baru sahaja memenangi sejumlah undi di Manik Urai walaupun kalah dengan 65 undi ( dan 117 undi rosak) kita telah dikejutkan dengan kematian Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Pakatan Rosak Selangor iaitu Teo Beng Hock. Kejadian yang menyayat hati ekoran mangsa mati selepas jatuh dari tingkat 14 banguna Plaza Masalam berhampiran dengan pejabat SPRM yang sedang giat menyiasat beberapa aduan salah laku Exco Pakatan Rosak sekarang ini.

[bunuhdiri.jpg]

Yang menarik ialah : Kematian saksi utama kes membabitkan Adun Pakatan Rakyat digambar sebagai kekejaman SPRM. Sepatutnya SPRM yang perlu marah dan kecewa apabila saksi utama yang melaporkan salah laku pemimpin PR di Selangor.

Persoalan saya :

- Jika benar SPRM mahu membunuh tentu lokasi yang dipilih tidak di bangunan yang menempatkan ibupejabat mereka. Ini sudah menunjukkan keraguan motif mangsa ditemui mati.

- Jika si mati adalah saksi SPRM maka kena SPRM perlu untuk membunuhnya ? Lihat di sini blog Penarik Beca mengesahkan bahawa beliau adalah saksi bukan suspek atau tertuduh kes tersebut http://penarikbeca.blogspot.com/2009/07/wujudkah-rakaman-siasatan-teoh-oleh.html

- Jika benar kes ini bunuh diri, kenapa si mati tidak pergi tempat yang lebih tinggi ? Bahkan laporan bedah siasat juga tidak menemui tanda si mati didera dan tidak ada kecederaan ditemui pada badan mangsa seperti mana laporan berita di blog penarik beca di atas. Kenapa saya rujuk blog penarik beca ? kerana beliau adalah rujukan utama rakyat pro Pakatan Rosak di alam siber.

- Jika benar bahawa siasatan SPRM ini akan mendedaaka tidak hairanlah kenapa si mati berkemungkinan telah ditolak jatuh oleh pihak tertentuhkan kegiatan kongsi gelap DAP dan penglibatan pemimpin DAP dalam kumpulan tersebut yang terancam dengan si mati yang telah bertindak melaporkan kegiatan salah laku mereka kepada SPRM seperti laporan KUMBANG di sini http://analisisringan.blogspot.com/2009/07/apa-kaitan-krisis-pr-selangor-dan.html

- Rupa-rupanya si mati juga sebelum ini telah mendesak Ronnie Lie dan Hian Wah agar memberhentikan kegiatan mereka namun tidak diendahkan oleh mereka berdua. Lagi menarik ialah beliau juga telah pun diugut oleh samseng samseng yang ada kaitan dengan pemimpin DAP sebelum ini isu Karpal dan Pemuda Umno http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/07/teo-beng-hock-terjatuh-atau-di-bunuh.html

- Perlu diingat bahawa Ronnie Liu pernah ditahan kerana menghalang penjawat awam menyita sebuah pusat pelacuran di sebuah hotel di Puchong pada 2007. Bahkan mengikut statistik rumah urut telah bertambah dengan begitu drastik sekali selepas Pakatan Rosak mengambil alih negeri Selangor.. Lihat ulasan penuh oleh GAP di sini

Lagi menarik dalam episod ini ialah ulasan GOMO yang mengatakan Wee Choo Keong juga akan menjadi sasaran seterusnya seperti mana disiar di sini http://www.gomounited.com/2009/07/gempar-wee-choo-keong-diancam-dengan.html

Ironinya ialah kematian Teo Beng Hock telah berjaya mengalihkan perhatian rakyat dari isu siasatan SPRM terhadap Adun Pakatan Rosak kepada isu siapakah pembunuh mendiang. Lihat laporan agendadaily di sini http://www.agendadaily.com

Kesimpulannya : rakyat tidak akan mudah percaya dakwaan Pakatan Rosak bahawa si mati dibunuh oleh SPRM. Tentu sekali rakyat akan berfikir bahawa kenapa saksi yang mengadu kesalahan Adun PR ini telah mati selepas selesai memberikan keterangan kepada SPRM. Mereka akan sedar bahawa ada rahsia besar cuba disembunyikan bagi menjaga nama mereka yang kononnya pejuang keadilan dan kebenaran di negara ini. Walhal ia tidak benar sama sekali.

[logo-SPRM.jpg]

kepada SPRM teruskan tugas anda mendakwa mereka tidak kira Melayu Cina atau India yang bersalah di negara kita samada dari BN atau PR.

Blogger BPN akan membela dan menyokong tugas murni anda bagi memastikan tidak akan ada pemimpin tidak bermoral menjadi pemimpin kita.


No comments: