NUFFNANG

Wednesday, 15 July 2009

Live from the court via Saiful Bukhari

Perbicaraan ditangguhkan, bersambung esok. Berdoa semoga ia berjalan dengan lancar. Terima kasih kpd sahabat2 yg mengikuti perkembangan berbicaraan ini dan memberi pandangan/pendapat. Salam.2 minutes ago ·

Datuk Yusof(DPP) berhujah - Seksyen 51(a) hanya membenarkan SALINAN dokumen dan laporan diperolehi tertuduh sblm perbicaraan, BUKAN yang ASAL termasuklah sampel2 dan bukti2 asal.27 minutes ago ·

Sekarang, Mahkamah sedang mendengar permohonan pihak tertuduh untuk mendapatkan dokumen2. Walhal semua salinan sudah diserahkan dari bulan 12 2008, mereka mahu yang ORIGINAL. Mereka juga mohon utk mendapat bahan bukti asal sblm perbicaraan. Kata takda bukti tapi mohon bukti. Terpulang...about an hour ago ·

Hakim menolak permohonan penangguhan tertuduh utk melantik Ketua Peguam Bela yang baru. Alhamdulillah.. Perbicaraan diteruskan bagi mendengar 2 permohonan tertuduh yg lepas pula iaitu 1) Bukti2 dan dokumen2 asal 2) Kes untuk digugurkan.2 hours ago ·

Ketua Pendakwaan, Datuk Yusof bangun membantah permohonan tertuduh untuk menangguhkan perbicaraan bagi melantik Ketua Peguam Bela yan baru2 hours ago ·

Peguam Sivarasa masih lagi berkeras mahu perbicaraan DITANGGUHKAN 2 MINGGU lagi bagi tertuduh melantik Ketua Peguam Bela Baru.2 hours ago ·

Peguam Sivarasa sdg mengemukakan hujah agar perbicaraan DITANGGUHKAN bagi tertuduh melantik Ketua Peguam Bela Baru. Untuk makluman, tertuduh masih ada lagi 8 orang peguam.3 hours ago ·

Muktamad: Datuk Sulaiman Abdullah BUKAN LAGI Ketua Peguam Bela tertuduh. Tertuduh memohon 2 Minggu utk melantik K.Peguam Bela yang baru, namun Mahkamah menolak. Perbicaraan bersambung jam 2pm. Kepada Allah saya berserah7 hours ago ·

Tertuduh mohon utk menukar Ketua Peguam Bela yang baru dgn alasan beliau sakit tenat. Mahkamah ditangguhkan buat seketika, bersambung jam 2pm. Sakit tenat atau menarik diri? Wallahualam..8 hours ago ·

Ketua Peguam Bela tertuduh, Sulaiman Abdullah masih 'sakit'8 hours ago ·

Pendengaran 2 permohonan tertuduh didengar pagi ini.. Saya berserah kpd Allah utk memberi keputusan yang terbaik.8 hours ago

Berdoa agar tiada lagi peguam bela yang 'sakit' atau pelbagai lagi dolak-dalih dari pihak tertuduh untuk menangguhkan perbicaraan ini lagi. Untuk rekod, dari awal pertuduhan dibaca iaitu pada 7 Ogos 2008, sudah lebih dari 10 KALI ia ditangguhkan atas pelbagai alasan.

No comments: