NUFFNANG

Sunday 12 July 2009

IRAN HARAMKAN DEMONSTRASI: APA KATA TOK GURU?

IRAN HARAMKAN DEMONSTRASI: APA KATA TOK GURU?

Utusan Malaysia kelmarin (10hb. Julai), muka 19, menyiarkan berita, pihak berkuasa Iran mengharamkan sebarang perarakan atau perhimpunan. Lebai nak tanya pendapat Haji Hadi dan Anwar Ibrahim dalam perkara ini kerana Iran adalah negara contoh bagi PAS. Struktur parti PAS adalah sama dengan pemerentahan Iran di mana Pemimpin Ulama lebih berkuasa. Dalam PAS Tuan Guru Nik Aziz adalah lebih berkuasa, kata pemutus ada di tangan beliau. Samalah seperti kerajaan Iran.

Haji Hadi dan Anwar Ibrahim pernah berkata, “demonstrasi adalah sebahagian dari amalan demokrasi”.

Nah sekarang Iran, negara yang selalu menjadi contoh PAS dah mengharamkan demonstrasi. Apa kata mereka berdua?


Lebai Pondok Chegar

No comments: