NUFFNANG

Sunday, 19 July 2009

TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR....

TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengarahkan pegawai dan juga anggota Dewan Undangan Negeri Selangor supaya tidak pergi ke Pejabat Suruhajaya Pencegah Rasuah Malaysia sekiranya dipanggil untuk siasatan atau untuk direcordkan kenyataan mereka kecuali jika pegawai SPRM sendiri datang mengadap di pejabat mereka .

Tanpa sedar Khalid Ibrahim telah menunjukan kecendorongan kerajaannya atau Pakatan Rakyat untuk menjadi sebuah kerajaan diktator, untuk menyalahgunakan kuasa bila diperlukan untuk melindungi maruah diri, parti dan orang yang diharapkan dapat melindunginya.

Dia cuba untuk menunjukan bahawa kerajaannya tidak perlu menghormati polis atau pihak berkuasa kerana orang politik yang dipilih oleh rakyat lebih berkuasa dari rakyat biasa, tidak perlu hadhir di polis stesen atau pejabat pejabat seperti rakayt biasa yang disyaki melakukan rasuah, menipu, mencuri membunuh dan sebagainya.

Pandangan sepintas lalu seolah olah dia hendak melindungi hak rakyat tetapi disuatu aspek yang lain dia hendak menjadikan wakil rakyat lebih kebal dan lebih istemewa dari rakyat biasa dari segi undang undang negeri dan negara.

Dengan perbuatan ini kita boleh menjangkakan jika Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Perdana Menteri atau PR menjadi kerajaaan bila keadaaan memerlukan maka mereka akan menambah kekebalan daeri segi undang undang demi untuk melindungi keburukan mereka kepada pihak polis dan rakyat.

Tanpa sedar akhirnya mereka akan meningkat kekebalan mereka sehingga setaraf dengan raja , Sultan dan juga Yang di Pertuan Agung atau mungkin lebih lagi.

Tidak semua diktator, facist, authoritarian yang sedar bahawa mereka mengadakan undang undang dan peraturan tertentu untuk melindungi sukusakat dan kaum keluarganya sendiri bila diperlukan demi untuk mengekalkan kuasa sendiri sebaliknya mereka sering melihat kepentingan diri sebagai kepentingan rakyat. Contohnya Hitler dan Sukarno.

Tan Sri Khalid lupa bahawa tidak ramai Menteri Besar Selangor yang turun takhta secara terhormat dan beliau juga mungkin salah seorang calunnya setelah Toyo turun dengan penyapu. Mungkin hari baginya juga telah hampir maka itu beliau mencegah "kemaluan" bagi dirinya sendiri.
posted by Maharaja

source :maharajablogger.blogspot.com

kzso - no wonder pkr wants him out... the more he speaks the more he's telling how stupid and short-sighted he is to everybody

No comments: