EXCO yang menjaga Hal-Ehwal Agama Islam, YB Dato Hasan Ali dikritik hebat oleh ADUN Kuang, YB Shukor Idrus kerana gagal memegang janji untuk melantik nazir mengikut pilihan ahli kariah. Shukor mempersoalkan mengapa calon Nazir Masjid Batu Arang yang mendapat 200 undi dinafikan hak menjadi Nazir menjadi masjid tersebut. Sebaliknya calon kedua yang hanya mendapat 7 undi dilantik sebagai nazir masjid tersebut. Hasan Ali tidak dapat memberi alasan tepat sebaliknya hanya menerangkan prosedur perlantikan nazir yang antara lain menyatakan keputusan undian ahli kariah bukanlah keutamaan dalam memilih Nazir masjid. Jawapan ini jauh berbeza dengan laungan kerajaan negeri sebelum ini untuk memberi kuasa kepada ahli kariah memilih pentadbir masjid. Keadaan menjadi kecoh apabila Shukor menyatakan Hasan pembohong. YB Shukor sekali lagi bangun meminta Hasan Ali memberi jawapan yang tepat bukannya berpusing-pusing tentang prosedur. Sekali lagi YB Hasan sekadar menyatakan kemungkinan bahawa nazir yang dipilih oleh ahli kariah tersebut mungkin tidak boleh membaca khutbah atau menjadi imam solat. Ini sekali lagi dibantah oleh Shukor yang mempersoalkan adakah terdapat sebarang ujian menentukan kebolehannya. Malahan Shukor juga meragui alasan Hasan kerana nazir tersebut telah lama menjadi nazir masjid tersebut. Timbalan Speaker, YB Haniza beberapa kali menutup pembesar suara bagi mengelakkan Shukor terus membangkitkan isu tersebut. source : www.pembangkangselangor.com |
NUFFNANG
Tuesday, 14 July 2009
Timbalan Speaker Selamatkan Hasan Ali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment