Cabaran untuk A. Samad Said!
Bila sebut tentang PPSMI ni..saya teringat Pak Samad Said...seorang yang telah dinobatkan sebagai "pejuang bahasa Melayu". Beliau sangat cintakan Bahasa Melayu sehingga sanggup berdemonstrasi untuk mendesak Kerajaan Malaysia memansuhkan PPSMI. Pak Samad sanggup berdiri diatas pentas politik pembangkang dan menyeru supaya "jangan undi UMNO" demi sayangnya pada Bahasa Melayu dan menolak PPSMI. Dengan pengumuman Kerajaan Malaysia ini, maka legalah hati Pak Samad. Tapi...jangan lupa, SJK Cina dan Tamil juga aka menggunakan bahasa ibunda mereka untuk subjek sains dan matematik...
Jadi...sebagai pejuang bangsa, saya cabar Pak Samad Said untuk turun padang, sekali lagi berdemonstrasi mendesak agar subjek sains dan matematik di ajar menggunakan Bahasa Melayu di SJK Cina dan Tamil. Ini adalah demi mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia dan Pak Samad sebagai "pejuang bangsa" wajib berlaku adil dalam semua tindakan yang Pak Samad lakukan. Silakan Pak Samad berkempen, berdemo dan sebagainya. Desak Kerajaan Malaysia lagi. Jangan berhenti selagi matlamat ini tercapai. Sila laksanakan cabaran saya atau gugurkan saja gelaran "pejuang bahasa Melayu" pada Pak Samad dan gantikan dengan "pejuang Pakatan Rakyat" saja!
No comments:
Post a Comment