NUFFNANG

Tuesday 7 July 2009

BETUI KA NI? KUALA KRAI: Pergerakan Pemuda Umno mendedahkan bahawa ramai anggota Pemuda PAS yang kecewa dengan krisis kepimpinan parti pembangkang

BETUI KA NI?

KUALA KRAI: Pergerakan Pemuda Umno mendedahkan bahawa ramai anggota Pemuda PAS yang kecewa dengan krisis kepimpinan parti pembangkang itu, terutama dalam berkaitan isu kerajaan perpaduan, yang "memberi isyarat" akan beralih arah menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Manik Urai 14 Julai ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata beliau baru sahaja mendapat maklumat berhubung kewujudan kumpulan itu yang cukup ramai bilangannya, dan akan mengatur perjumpaan segera dengan mereka.

Katanya beliau memandang serius perkara itu dan akan berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenainya untuk mengetahui sekiranya sokongan kumpulan itu kepada BN akan dibuat secara senyap atau secara terbuka.

"Saya tidak mahu dedahkan perkara ini secara terperinci kerana ia masih di peringkat awal perbincangan dengan kumpulan ini," katanya pada persidangan media di Pusat Operasi BN Manik Urai di sini.


(Berita seterusnya; klik tang ni)

No comments: