NUFFNANG

Tuesday 7 July 2009

Ramai Pemuda Mula Pas Dekati UMNO.Ramai penyokong muda Pas mula mendekati UMNO dan menyatakan kesediaan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN)

Ramai Pemuda Mula Pas Dekati UMNO

Ramai penyokong muda Pas mula mendekati UMNO dan menyatakan kesediaan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai. Ia berpunca daripada beberapa krisis yang timbul sebelum ini dalam kepimpinan parti itu yang menyerlahkan wajah buruk mereka, tidak seperti yang dilaung-laungkan. Menurut beliau, mereka yang kecewa dengan perkembangan itu telah sedar bahawa wadah perjuangan sebenar mereka hanya dapat diterjemahkan melalui UMNO. Bilangan mereka bukan kecil dan ia perkembangan yang amat serius dan membimbangkan bagi Pas. Puncanya ada hubung kait dengan krisis kepimpinan teruk yang berlaku dalam parti itu baru-baru ini dan masih lagi berlaku sekarang. – (Kenyataan Khairy Jamaluddin di Pusat Operasi BN, 6 Julai 2009)

1 comment:

ha ha hu hu said...

YEAH RITE..... HA HA HA