NUFFNANG

Monday 1 September 2014

2nd MAY 13? PPS HARAM : LIM GUAN ENG ANGKUH CABAR KETUA POLIS NEGARA ….. SEKALI LAGI !!

PPS HARAM : LIM GUAN ENG ANGKUH CABAR KETUA POLIS NEGARA ….. SEKALI LAGI !!

Isu Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) tajaan kerajaan DAP Pulau Pinang semakin panas apabila Lim Guan Eng DAP sekali lagi mencabar Ketua Polis Negara : 


PULAU PINANG 1 Sept. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk berdebat secara terbuka berhubung isu penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS). 
Beliau dalam nada angkuh turut mempersoalkan sama ada pihak berkuasa akan menahannya sama seperti Pengerusi PPS, Phee Boon Poh. 
"Bila giliran saya akan ditangkap? Saya tunggu beliau," katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini pagi ini untuk memberi sokongan kepada 136 anggota PPS yang dijangka direman hari ini. - UM
Tindakan Lim Guan Eng DAP yang tetap keras kepala, bongkak dan angkuh itu sudah pasti memalukan rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia secara amnya. 

Di manakah sikap diplomasi ahli politik ini yang juga merupakan kroni tegar Lim Kit Siang DAP?

Sebenarnya, Lim Guan Eng DAP tidak perlu mencabar Ketua Polis Negara. Kemungkinan besar masa beliau akan tiba sama seperti Phee Boon Poh. Realitinya, kemelut PPS haram ini banyak disebabkan oleh anak Lim Kit Siang DAP itu sendiri.

So, tunggu dan lihat!

  

No comments: