NUFFNANG

Friday, 10 July 2009

Kes Liwat Anwar - Ulasan Menjelang 15 Julai Apakah kesudahannya perbicaraan kes liwat Anwar keatas Saiful Bukhari Azlan…? Penangguhan lagi dan lagi

Kes Liwat Anwar - Ulasan Menjelang 15 Julai

Apakah kesudahannya perbicaraan kes liwat Anwar keatas Saiful Bukhari Azlan…?

Penangguhan lagi dan lagi dan lagi…, sudah hampir enam bulan gelanggang untuk membentangkan bukti dan hujah mendakwa serta membela telah berjaya ditepis dan dielakkan oleh Anwar Ibrahim!

Sedar ataupun tidak, gelagat Anwar sekarang berbanding dengan beliau sewaktu mendepani pelbagai tuduhan tahun 1998-99 terlalu jauh bezanya. Pada waktu itu, Anwar tak sedikit kecut dan takut untuk melangkah masuk mana mana mahkamah, beliau membakar semangat rakyat yang menyokongnya dengan slogan “kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan… Lawan Tetap Lawan…!!”

Tetapi dalam kes Saiful ini, semenjak dari “kehilangan” Coffee Boy yang tidak hadir untuk bertugas dipejabat Anwar, sehinggalah diberitakan sebenarnya anak muda ini sudah membuat pengaduan di salah sebuah hospital bahawa dia telah diliwat oleh bossnya, itulah dia titik permulaan “ketakukan” hero Tamil bernama Anwar Ibrahim…! Pada petang yang sama menurut cerita rakan rakan dalam PKR, sudah mula tersebar sms cuba mengumpulkan seramai mungkin penyokong penyokong Anwar di Quality Hotel Shah Alam “kunuunnya” boss mereka itu akan ditahan kerana ada konspirasi terbaru cuba mengaitkannya dengan kes liwat, dimana Saiful pula dilabelkan sebagai “perkakas” BN… Malangnya apabila melihat kehadiran yang mengecewakan, Anwar tak muncul sewaktu sidang media.

Drama ini berterusan apabila dikhabarkan Anwar pergi menyembunyikan diri di Kedutaan Turki Kuala Lumpur pada awal subuh tanpa disedari oleh wartawan yang masih menunggu dilobi hotel. Apabila pihak kedutaan Turki sedar bahawa mereka telah “digelecek” oleh Anwar dan tidak mahu campur tangan urusan politik tanahair, Anwar terpaksa tinggalkan tempat persembunyiannya itu. Diluar kedutaan Turki itu pula Anwar “berkokok” bahawa beliau bukan bersembunyi tetapi mengambil langkah berjaga-jaga kerana ada cubaan membunuhnya, seterusnya Anwar “menyeru” kepada penyokong-penyokong bebalnya untuk beramai-ramai ke pejabat PKR di Tropicana malam tersebut mendengar penjelasan yang akan beliau sampaikan dalam suatu ceramah khas, ternyata kehadiran ramai manusia jahil malam itu tertipu sebab Anwar takut untuk muncul lagi… Menurut cerita dalam kain PKR, pada malam itu Anwar tidak hadir kerana perang besar dengan Wan Azizah.


Keesokkannya pula secara tiba tiba Anwar ke Pejabat BPR Putrajaya, mahu menyerahkan pengaduan keatas beberapa pihak yang cuba dituduh berniat jahat dalam kes lama beliau tahun 1998-99, suatu usaha keras mahu divert isu liwat beliau yang terbaru.

Sewaktu Anwar berada dalam tahanan polis, beliau langsung tidak mahu bekerjasama untuk memberikan sampel DNA dan pihak hospital tidak memaksa malah difahamkan tiada sampel yang diambil.

Tidak lama selepas peristiwa ini, Anwar membuat satu pengumuman yang berjaya “menutup mata” rakyat dari melihat kes liwat Saiful setelah Wan Azizah dijadikan kambing hitam untuk melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Pilihanraya kecil ini berjaya menjadikan kes liwat Anwar keatas Saiful seperti tiada value kepada rakyat Malaysia.

Selesai Pilihanraya kecil Permatang Pauh, pakar divert isu ini terus meliwat pemikiran rakyat yang jahil dengan Pembohongan 16 September pula……

Terkini, Anwar berterusan mahu menggagalkan perbicaraan kes liwat ini dengan usaha untuk digugurkan tuduhan keatasnya. Menjelang hampir tarikh 1 Julai, akhbar rasmi PKR telah menyiarkan semula gambar gambar mata lebam Anwar tahun 1998 sebagai perang saraf seolah olah Ketua Umum parti itu bakal dizalimi sekali lagi sekiranya proses perbicaraan kes liwat ini berjalan. Begitu juga dengan “penyebaran” laporan perubatan yang menyatakan bahawa tiada bukti “penetration” dikesan pada dubur sipengadu, maka tiada liwat berlaku. Demikianlah usaha usaha gigih oleh barua barua Anwar yang mahu menyelamatkan Ketua Pembangkang itu dari dibicarakan di mahkamah.

Kenapakah kali ini Anwar begitu TAKUUUT dan GIGIILL untuk melangkah masuk ke kandang yang dituduh dan memberikan pembelaannya..??

Apakah bukti-bukti dan cerita-cerita yang bakal didedahkan oleh Saiful Bukhari Azlan sehingga menyebabkan Anwar kecut telor untuk mendepani anak muda ini…??

Benarkah ada peristiwa aneh berlaku di Singapura yang bakal mengundang kemarahan Wan Azizah seandainya cerita ini dibongkar oleh Saiful…??

Adakah sebarang bukti sms sms pujuk rayu yang pernah dikirimkan oleh Anwar kepada Saiful yang bakal didedahkan dalam perbicaraan ini nanti..??

Dimanakah bukti alibi yang pernah disebutkan oleh Nurul Izzah kunuunnya Anwar ada bersama sama keluarga mereka sewaktu berlakunya liwat pada petang 26 Jun 2008, [di lobi Hotel Quality ketika wartawan bertanya kepada Wan Azizah dimanakah Anwar pada waktu itu, Izzah mencelah “ dia ada bersama kami! sila tanya soalan lain..”]

KESIMPULANNYA : Kenapa Anwar tidak berani untuk bertarung dalam gelanggang mahkamah dengan seorang anak muda yang belum pun berusia suku abad ini? Dimanakah karektor Jagoan Anwar yang ada pada dirinya selama ini? Apa sudah jadi dengan slogan Lawan Tetap Lawan?

Akhir sekali persoalan yang penting disini kenapakah Anwar beriya-iya dan bersungguh-sungguh mahu melihat semua dokumen-dokumen berkaitan kes liwanya seperti sampel DNA…?? Anwar kaget? Kaget sebab beliau tidak pernah serahkan sampel DNA…?

Kita tunggu bermulanya perbicaraan kes ini nanti, maka akan terungkailah segala persoalan persoalan tersebut….

SHAMSUL KETUA AMK PALING HANCUS DALAM NEGARA KITA..!

Tajuk ini tak salah untuk disiarkan, tak perlu sebarang pembetulan. Ianya pernah dibukti oleh beberapa tokoh yang pernah menjawat jawatan tersebut sebelum ini.

Ezam Mohd Nor sinonim dengan mengetuai perhimpunan rakyat besar-besaran. Salahudin Ayub juga mampu mengumpulkan penyokong seluas padang bola. Datuk Seri Hishamudin pernah menghimpunkan ramai anak anak muda memenuhi sebuah stadium. Tetapi Shamsul Iskandar…? Janji 5,000 orang tetapi yang hadir 50 orang, hampeh!

Dimanakah janji janji seorang Ketua yang mahu kumpulkan seramai 5,000 orang penyokong untuk Bossnya? Kenapakah hanya satu peratus sahaja yang muncul…? Apa sudah jadi? Kehadiran hanya sekelumit penjilat penjilat Anwar di Mahkamah Tinggi Jalan Duta kelmarin menjadi bahan lawak tahap gaban untuk ditertawakan umum…., laporan berikut menjadi bukti – klik sini.

Kalau diambil sifir mudah, bilangan Exco AMK Malaysia, Selangor, Wilayah dan kesemua Ketua AMK setiap negeri, angkanya mampu mencecah hampir 150 orang. Sekiranya seorang Ketua AMK itu punyai AURA pemimpin, kepimpinan AMK dari negeri jiran yang berhampiran juga boleh teruja mahu hadir seperti dari Negeri Sembilan, Pahang dan Perak. Malang sekali, bilangan ini pun tidak MAMPU dikumpulkan oleh Shamsul Iskandar..?

Apakah Shamsul tidak dihormati oleh ahli ahli AMK kerana potongan badannya yang ketot dan perutnya yang buncit, rambut semakin pupus, tidak langsung menggambarkan ciri ciri seorang Ketua Pemuda..?

3 comments:

Anonymous said...

Bukan nak mengata tapi kalau dicukur misai dan janggut Sam Ketua AMK nampak sangat jambunya. Sebab tu dapat jadi Ketua AMK kot. Sebab jambu.

Anonymous said...

ek ell lehh.. sam si kerbau pendek nie kalu head bola komfom tak kena! muha haa haaa haaa haaaaA

aku setuju la, misti ade criter best dari saiful 2 la psal si nuwar takut sgt nak naik court

Singh Is Kinng said...

Salam AMK,

My opinion, sebelum tuduhan dibuat oleh pihak kerajaan. Oleh itu Anwar ada reason untuk kata itu konspirasi kerajaan.

Kali ni mangsa buat laporan polis. Jika benar Saiful membuat tuduhan palsu, Anwar akan lebih berani dan bersemangat mencari kebenaran.

Tapi yang jadi lain pula, Anwar cuba lari dariapad kebenaran.

Wassalam.

source : medan-info-kita.blogspot.com

No comments: