NUFFNANG

Friday 10 July 2009

KENYATAAN AKHBAR YAB DATO’ SERI DR ZAMBRY BIN ABD KADIR MENTERI BESAR PERAK Merujuk kepada Keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia

KENYATAAN AKHBAR YAB DATO’ SERI DR ZAMBRY BIN ABD KADIR MENTERI BESAR PERAK

Merujuk kepada Keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia yang membenarkan permohonan YB Dato’ Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin (Ahli Dewan Negeri Pasir Panjang) untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei 2009, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah mengarahkan peguam saya supaya tidak membantah permohonan bekas Menteri Besar itu.

Keputusan untuk tidak membantah permohonan itu dibuat bagi memastikan kes ini dapat diselesaikan secara muktamad di Mahkamah Persekutuan Malaysia iaitu satu institusi kehakiman yang tertinggi di Malaysia.

Keputusan muktamad ini diperlukan segera bagi memastikan kelicinan pentadbiran Kerajaan Negeri demi kepentingan rakyat jelata.Selagi ia tidak diselesaikan di peringkat perundangan yang tertinggi, saya percaya selagi itulah ada pihak-pihak yang tertentu akan terus mencabar kesahihan kedudukan kepimpinan majoriti yang sedia ada.

Matlamat saya adalah jelas iaitu meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat di atas segala-galanya.

Saya juga menerima apa saja keputusan mahkamah kerana saya percaya terhadap kedaulatan undang-undang.

Saya juga meminta Nizar atau sekutu-sekutunya tidak terus menempelak kedaulatan mahkamah dan sistem perundangan dalam siri-siri ceramah atau melalui apa cara sekalipun bagi meracuni pemikiran rakyat seolah-olah sentiasa meletakkan mereka di singgahsana tertinggi dengan sentiasa benar dan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Sekian terima kasih.
ZAMBRY ABD KADIR

No comments: