NUFFNANG

Tuesday 7 July 2009

Keadilan Buat Saiful Esok, 8 Julai 2009, Insyallah...

Keadilan Buat Saiful

Esok, 8 Julai 2009, Insyallah, akan berakhirlah penantian bagi seorang hamba Allah yang menjadi mangsa kerakusan orang yang menyalah gunakan kuasa dan kepentingan hawa nafsu. Diharap proses perundangan akan berjalan dengan baik dan lancar. Adalah diharapkan agar tiada lagi helah dari pihak pembelaan. Saya berharap peguam-peguam pembela agar segera mendapat rawatan dan pemeriksaan kesihatan pada hari ini bagi mengelakkan mereka memberikan alasan tidak sihat, sakit, penat dan sebagainya di mahkamah esok.

Saya menyeru pembaca-pembacaku yang budiman, marilah kita memberikan sokongan kepada Mohd Saiful Bukhari. Saya akur, sememangnya beliau tidak mempunyai sebarang pertalian dengan kita. Bayangkan kalau perkara yang sama berlaku kepada adik, anak atau saudara mara kita pada masa akan datang.

Kepada penyokong-penyokong yang tertuduh, DS Anwar Ibrahim yang mengelarkan diri mereka sebagai ZALIM, saya menasihatkan kamu agar tidak menimbulkan sebarang provokasi dan kekacauan esok. Berilah peluang anak muda ini membela diri. Adalah lebih baik pihak-pihak yang menyokong DS Anwar Ibrahim mengadakan sembahyang hajat seperti mana yang telah mereka lakukan pada tahun 1999. Adakah kamu semua takut doa kamu semua akan memakan diri akibat perbuatan sumbang tersebut?

Bagi penyokong-penyokong Mohd Saiful, niatkan perhimpunan kita kerana Allah. Kita reda dengan apa sahaja keputusan mahkamah sepanjang perbicaraan ini. DS Anwar Ibrahim boleh terlepas hukuman mahkamah dunia tetapi beliau tidak akan terlepas perbicaraan dan timbang tara semasa di Padang Masyhar kelak. Sama-sama kita memberi sokongan kepada Saiful untuk menegakkan keadilan.
"Ya Allah, Ya Tuhan kami. Berkatilah perhimpunan kami esok. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berhimpun keesokkan harinya kerana hendak memberi sokongan kepada seorang hambamu, mangsa keadilan dunia. Ya Allah Ya Rabbul Alamin, Mohd Saiful Bukhari telah bersumpah di atas kalimahMu yang suci, Wallahi, Wabillahi, Wattallahi. Sekiranya beliau di pihak yang salah, Engkau turunkanlah azabmu, Ya Allah. Sebaliknya jika beliau di pihak yang benar, Engkau angkatlah darjatnya dan Engkau tunjukkanlah buat kami kedudukan yang sehina-hinanya bagi seorang peliwat. Ya Allah, Engkau bukalah hati umat-umat Nabi Luth yang mengelarkan diri mereka sebagai ZALIM. Engkau lindungi perhimpunan kami dari sebarang provokasi dan tindakan di luar batas-batas kemanusian oleh puak-puak berkenaan. Sesengguhnya Engkaulah maha melihat dan maha mengetahui. Amin Amin Ya Rabbal Alamin."

source : khairulryezal.blogspot.com

No comments: