NUFFNANG

Monday 6 July 2009

Anggota Badan Anwar Ibrahim Dan Liwat.

Anggota Badan Anwar Ibrahim Dan Liwat.

Dr Novandri Hasan Basri



Mungkin tulisan di dalam gambar di atas tidak berapa jelas. Makanya penulis tulis kembali dakwaan kepada Anwar Ibrahim supaya lebih jelas :-

"Bahawa kamu (Anwar Ibrahim), pada 26hb Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damanasara Condominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu di dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan."

Jika merujuk kepada dakwaan tersebut, Anwar Ibrahim sepatutnya tidak lagi melengah-lengahkan kes beliau itu kerana jika beliau terus berlengah-lengah, ianya mengguatkan lagi perumpamaan "justice delayed is justice denied" di dalam kamus penghakiman. Realitinya, melengah-lengahkan kes akan mengguatkan lagi kebarangkalian bahawa tertuduh memang bersalah.

Kita mungkin bersimpati kepada Anwar Ibrahim kerana kes sodomi beliau yang pertama pada tahun 1999 tetapi tidak kali ini!

Kita perlu diingat bahawa mangsa hanyalah rakyat biasa seperti kita semua. Beliau seperti adik atau abang atau anak kita dimana kita hanyalah warganegara dan rakyat biasa yang inginkan kehidupan yang biasa.

Kini beliau berdepan dengan seorang pemimpin tertinggi sebuah parti politik yang korup dan pernah menyalahgunakan kuasa beliau semasa beliau berkuasa dulu!

Kita tentunya bersimpati kepada keluarga mangsa kerana mereka tentunya kecewa dan sedih meratapi anak mereka telah diperdaya oleh seorang pemimpin yang menggunakan tarikan kuasa pemimpin untuk memaksa mangsa mengikut telunjuk beliau dan melakukan perbuatan yang amat keji.

Rakyat pasti bersimpati kepada keluarga mangsa dan berharap agar mereka sentiasa tabah dan kuatkan semangat di sepanjang perbicaraan kes ini.

No comments: