NUFFNANG

Friday 10 July 2009

Guan Eng nafi tabur janji kepada penduduk Kg Buah Pala ? K'JAAN NEGERI NAFI TABUR JANJI KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BUAH PALA

Guan Eng nafi tabur janji kepada penduduk Kg Buah Pala


K'JAAN NEGERI NAFI TABUR JANJI KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BUAH PALA



GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menafikan bahawa beliau dan kerajaan negeri pernah berjanji untuk mengembalikan tanah kepada penduduk Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor, di sini, semasa berkempen pada pilihan raya umum tahun lalu.


Katanya, beliau dan dua timbalannya, Mansor Ismail dan Prof Dr P Ramasamy, tidak pernah berjanji sedemikian dengan penduduk kampung itu tetapi tidak menolak kemungkinan pemimpin lain dalam gabungan pembangkang berbuat demikian.

"Walaupun siapa juga yang telah buat janji itu, kerajan negeri akan cuba menyelesaikan masalah penduduk di situ," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelantikan anggota Majlis Pengangkutan Negeri di sini hari ini.

Mansor dan Prof Ramasamy yang turut hadir pada sidang media itu, beberapa kali mencelah bagi menafikan mereka pernah membuat janji sedemikian.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bahawa penduduk kampung tersebut mendakwa pemimpin pakatan pembangkang menjadikan isu kampung berkenaan sebagai bahan berkempen pada pilihan raya umum Mac 2008 dan berjanji akan mengembalikan semula hak penduduk kampung itu sekiranya mereka memerintah negeri ini.

Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala juga dilapor akan mengedarkan 20,000 keping cakera video digital (DVD) mengandungi rakaman janji yang dibuat pakatan itu dalam masa terdekat.

Sambil terus menyalahkan kerajaan negeri terdahulu, Lim mahu Barisan Nasional (BN) menyelesaikan masalah yang timbul sekarang ini.

"Semua masalah ini berpunca daripada kerajaan terdahulu yang meluluskan projek berkenaan dan mereka patut selesaikanya dan bukan perangkap kita dengan janji yang saya tidak buat itu," katanya.

Sementara itu, Lim berkata kenyataan Pengarah Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd, Thomas Chan, berhubung kerja merobohkan perumahan setinggan itu boleh dilaksanakan tanpa kebenaran pihak berkuasa, hanya pendapat peribadi.

"Apa yang dia cakap itu hanya pendapat dia saja dan hanya mahkamah yang boleh buat keputusan berhubung perkara berkenaan," katanya.

Nusmetro Ventures adalah syarikat pemaju projek pembangunan di kampung tersebut. -

source : Bernama

kzso - ingat Melayu jer mudah lupa... cina/india/melayu dap pon samer jugak

No comments: