NUFFNANG

Friday, 10 July 2009

DAP Selangor terkejut kenyataan Azmin SHAH ALAM: Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah terkejut dan kesal dengan kenyataan Azmin

DAP Selangor terkejut kenyataan Azmin


SHAH ALAM: Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah terkejut dan kesal dengan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mendesak kerajaan negeri merombak barisan Exco negeri dan menyifatkan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sebagai 'mahkamah'.

Beliau berkata, Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat, perlu bertindak lebih proaktif untuk memahami dasar-dasar kerajaan negeri jika berasa tidak puas hati dan musykil terhadap pelaksanaannya.

"Saya berharap YB Azmin Ali membuat siasatan terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kenyataan yang tersalah sasaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Semalam, Azmin meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merombak barisan anggota exco yang didakwanya gagal melaksanakan tugas.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat desakan berkenaan kerana antara lain dipercayai kecewa dengan pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kegagalan barisan Exco memajukan Selangor.

Azmin turut membidas fungsi MTES yang menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman berdasarkan prejudis, sekali gus dikatakannya tidak baik untuk menjana pertumbuhan ekonomi Selangor.

Yong juga berkata Azmin tidak sepatunya menyalahkan anggota Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hanya kerana beliau mengumumkan senarai anggota PBT yang tidak lengkap bagi penggal 2009/2010.

"Kejadian ini berlaku kerana salah satu parti komponen (Pakatan Rakyat) tidak dapat menyelaraskan senarai anggota PBT parti berkenaan pada masa yang ditetapkan dan mengakibatkan Ronnie Liu terpaksa membuat pengumuman pada tarikh yang dijanjikan oleh kerajaan negeri," katanya yang juga Exco kerajaan negeri.

source - Bernama


kzso - grand design and wayang kelas tinggi from Azmin and PKR to show that they have guts to critic DAP and also his grand design for MB post (what say you Hassan Ali..?)

No comments: