NUFFNANG

Wednesday 3 September 2014

PDRM AND KDN PLEASE TAKE NOTE !! ... Dah masa Jeffrey Kitingan dicekut, STAR dan UBF ditutup

PDRM AND KDN PLEASE TAKE NOTE !! ... Dah masa Jeffrey Kitingan dicekut, STAR dan UBF ditutup




IGP Tan Sri Khalid sudah keluarkan amaran sedang memerhati pihak pemisah Sabah. Harap jangan lagi buang masa tapi tangkap saja dan pejabat STAR dan UBF ditutup segera!

Menurut Flying Kick, rancangan berpisah dari Malaysia dirancang bersama dengan PKR dan DAP. Ini bukan hanya taktik untuk PR dapatkan undi tapi sesuatu yang sudah dianggap treason dan boleh dikenakan hukuman mati...

Isu pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia telah dicetuskan oleh Pakatan Rakyat yang membabitkan PKR dan DAP dalam usaha mereka untuk merampas Putrajaya dari UMNO-BN. AnwarIbrahim dan Lim Kit Siang-Guan Eng melihat hanya dengan mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia sahaja, barulah mereka dapat menguasai Putrajaya, sebelum kemudiannya dicantumkan dengan Singapura yang memberi majoriti 4/5 yang tidak membolehkan lagi Islam, Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu wujud secara diiktiraf oleh Perlembagaan.

Kerana itulah, pada tahun 2011, ketika Pilihanraya Negeri Sarawak, isu ini mula dimainkan dan ditiupkan. Selepas 'kejayaan' DAP menguasai 12 kerusi DUN di Sarawak pada PRN itu berbanding 6 pada tahun 2006, isu tersebut semakin panas. PKR  yang bercita-cita besar dengan bertanding di 49 kerusi DUN, mula mereka-reka cerita kononnya mereka akan menang dan merampas Sarawak dari tangan Barisan Nasional.

Untuk tujuan tersebut, PKR menerusi Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin mula bercakap tentang perlunya Sarawak keluar dari Sarawak. Tetapi percakapan tersebut dibuat secara berkias dan tidak terlalu berterus-terang.

Seterusnya di SINI 


PADA 16 SEPTEMBER setiap tahun, Hari Malaysia disambut untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Sempena sambutan Hari Malaysia yang ke-49 pada 16 September 2012 yang lepas di Sabah, Jeffery Kitingan dalam perutusan ucapannya seolah-olah ingin membawa Sabah keluar dari Malaysia dan ingin membentuk Negara dan kerajaan yang baru yang dinamakan North Borneo. Berikut adalah perutusan ucapan beliau yang diedarkan oleh Parti STAR.

PERUTUSAN parti STAR pimpinan Datuk Dr. Jeffrey G Kitingan :

Mari Generasi Muda North Borneo (Sabah) undi Parti STAR!

Salam hormat, salam perpaduan dan salam Merdeka North Borneo (Sabah) yang ke-49 tahun. Disini, ingin saya serukan kepada anda semua yang cintakan negara ini (North Borneo-Sabah), yang mahu memperkasakan negara ini, kerajaan ini demi kepentingan bersama untuk bersama-sama memberi mandat dan kuasa kepada PARTI STAR dibawah pimpinan seorang "Pejuang Hak-Hak Negara North Borneo (Sabah)" iaitu Dr.Jeffrey G. Kitingan.

Dibawah kepimpinan beliau, masa depan negara kita akan lebih dan sangat terjamin kerana mereka telah menyediakan dasar yang mantap untuk mentadbir kerajaan Negara kita. Dibawah pimpinan mereka, Hak-hak dan kepentingan Negara kita akan PASTI TERJAGA DAN TERJAMIN. Dibawah pemerintahan mereka, akan hilang isu-isu pendatang tanpa izin (pti). Dibawah pimpinan mereka juga, akan wujud 7 buah kerajaan dalaman (7 Internal Government) yang mana dengan wujudnya kerajaan dalaman ini akan membuka peluang pekerjaan kepada semua generasi muda North Borneo (Sabah).

North Borneo (Sabah) terbahagi kepada lima bahagian iaitu Bahagian Kudat, Sandakan, Tawau, Pedalaman dan Pantai Barat. Labuan akan diambil semua oleh kerajaan North Borneo (Sabah) dan satuWilayah Persekutuan akan diwujudkan yang mana jumlah keseluruhan kerajaan yang bakal diwujudkan ialah 7.

Dengan wujudnya 7 buah kerajaan dalaman ini, pecutan ekonomi akan menjadi pantas dan ini seterusnya memberi implikasi yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat akan membolehkan Kerajaan Baru Ini untuk membangunkan Negara ini dengan lebih lancar.

Selain itu, 7 buah kerajaan yang bakal diwujudkan ini akan melancarkan lagi proses pentadbiran Negara Sabah yang mana ini akan meningkatkan kecekapan dan menjadikan North Borneo antara Negara di Asia Tenggara dan Dunia yang Terbaik!

---------------------

Selain itu, awas buat kumpulan-kumpulan seperti STAR, UNITED BORNEO FRONT, PACOS TRUST, dan BORNEO HERITAGE FOUNDATION!!!

source : the unspinners

No comments: