"saya seoarang diantara berjuta pelajar... |
Written by suara hati kuala kangsar perak | |
Menutup kemelut isu PPSMI , pihak mykmujohor menyiarkan isi hati seorang pelajar yang merasai nikmat PPSMI. Buat pejuang bahasa, iya anda seorang pejuang bahasa tetapi tidak semestinya anda pejuang bangsa! Buat pihak kerajaan anda telah merealisasikan agenda pembangkang dan mengenapikan suara majoriti rakyat terutamanya ibubapa dan anak-anak sekolah yang pendapat mereka tidak diambil kira kerana mereka tidak BERDEMONSTRASI.
Akhir kalam buat pencetus PPSMI, kami mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 84 semoga dikurniakan Allah kesihatan dan minda yang terus ampuh bagi menyatakan yang hak dan memerangi yang bathil. Nukilan anak kecil warisan PPSMI: PADA petang 8 Julai 2009, keputusan yang dinantikan oleh semua rakyat Malaysia telah diumumkan. Isu PPSMI telah sampai ke penghujungnya, dengan keputusan yang diambil iaitu tidak meneruskan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Keputusan ini mungkin melegakan hati banyak pihak. Namun, tidak bagi saya. Mungkin saya ini bersikap antiklimaks. Namun, saya merasakan sesuatu yang tidak kena dengan keputusan yang diambil kerajaan. Saya tidak menyalahkan kerajaan 100 peratus. Ini adalah kehendak rakyat. Kehendak rakyat mesti dituruti. Saya, sebagai seorang salah seorang di antara berjuta pelajar yang terlibat dalam agenda yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ini merasakan bahawa PPSMI mesti diteruskan. Mungkin artikel ini sedikit pun tidak boleh menyebabkan keputusan berubah, namun hati saya seakan-akan menjerit menginginkan PPSMI diteruskan. Kebaikan PPSMI tidak dapat dilihat dalam tempoh satu tahun. Ia merupakan kesan yang hanya akan dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang yang akhirnya dapat dirasai oleh kita sendiri. PPSMI bukanlah bertujuan mendera pelajar, jauh sekali merubah pelajar Malaysia menjadi pelajar Barat. Ia bertujuan untuk meningkatkan martabat bangsa dan negara kita. Saya berpendapat bahawa orang lain tidak dapat melihat apa yang difikirkan di dalam minda Tun Dr. Mahathir ketika beliau merasakan bahawa PPSMI patut dilaksanakan suatu masa dahulu. Namun, beliau percaya bahawa PPSMI mampu mengangkasakan bangsanya ke suatu tahap yang mungkin tidak terduga kita. Beliau berpandangan jauh. Tiada guna saya menulis artikel yang panjang, kerana akhirnya ada pihak yang akan terus bermati-matian untuk memaksa kerajaan membuat keputusan yang salah. Suara mereka didengar rakyat. Siapalah saya untuk rakyat mendengar suara hati kecil saya. Saya hanya antara berjuta pelajar yang sepatutnya menerima kebaikan, namun semua itu dicantas oleh pihak lain. SUARA HATI, Kuala Kangsar, Perak kzso - big blunder by najib and muhyiddin.. kowtowing to demonstrators..penny wise pound foolish...menang sorak kampung tergadai. untuk masa akan datang engineer, architect, scientist, doctor, technocrat, sektor swasta adalah dari golongan anak-anak orang kaya, menteri, india, cina...(sebab dapat peluang belajar disekolah inggeris dan bertutur dalam bahasa inggeris dirumah). anak kampung tenggelam punca sebab ilmu kejuruteraan, sains, teknikal kebanyakannya dalam bahasa inggeris..bila masuk 'u' samada luar dan dalam negeri terkapai-kapai sebab tak faham bahasa inggeris dan drop-out tahun 2 dan 3 sebab tak boleh pertahan cgpa. ini terbukti di universit tempatan... anak melayu yang struggle dalam english tak boleh maintain cgpa dan gagal berhenti..bukan otak tak pandai (kalau tak pandai tak masuk program/kursus engineering) tapi sebab gagal memahami dan 'tangkap' pembelajaran yang diajar...nak rujuk buku kat library, cubalah cari buku engineering dalam bahasa melayu. kalau adapun bertambah semak fikiran!!! cuba rujuk buku kejurutreraan awam untuk pengajian struktur ie papak terletak mudah )simply supported slab)...balak julur terletak mudah (simply supported beam) , balak julur (cantilever).... ini belum subjek soil mechanics, highway engineering, design etc... alahai najib, muhyiddin..puad zarkashi... |
No comments:
Post a Comment