Dolak-dalih yang tiada kesudahan
“Anwar memohon Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya untuk membekalkan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin termasuk rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian dari 25 hingga 27 Jun tahun lepas, sampel DNA, kenyataan daripada saksi termasuk Saiful, polis dan beberapa dokumen lain”
-10 Jun 2009, Bernama -
“Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya”
-17 Jun 2009, Bernama -
''Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful''
-19 Jun 2009 Suara Keadilan-
“Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual pada 8 Julai depan akan ditangguhkan jika proses rayuan berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi masih belum selesai.”
-30 Jun 2009 mStar -
[Ulasan Saya] Jika diperhatikan pendirian-pendirian tertuduh diatas, saya yakin bahawa ramai yang agak keliru tentang apakah pendirian tertuduh dari awal pertuduhan dibacakan pada Ogos 2008 hingga sekarang. Mungkin pada awalnya agak konsisten(mahu dibicarakan), namun disaat-saat akhir(seperti diatas), pendirian tertuduh boleh dikatakan seringkali berubah-rubah.-10 Jun 2009, Bernama -
“Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya”
-17 Jun 2009, Bernama -
''Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful''
-19 Jun 2009 Suara Keadilan-
“Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual pada 8 Julai depan akan ditangguhkan jika proses rayuan berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi masih belum selesai.”
-30 Jun 2009 mStar -
Sebagai contoh, beliau memohon untuk mendapatkan bahan bukti asal dengan alasan sebagai persiapan untuk hujah pembelaan(mahu dibicarakan). Selang seminggu, beliau memohon untuk mengugurkan pertuduhan sebelum ia dibicarakan(tidak mahu dibicarakan). Dua hari selepas itu pula, beliau berkata beliau sudah bersedia untuk bersemuka dengan saya di Mahkamah(mahu dibicarakan).
Terkini, di Mahkamah Rayuan pula kerana mahu mohon perbicaraan dipindahkan semula ke Mahkamah Sesyen (mahu dibicarakan). Jangan lupa, pada 8 Julai ini, Mahkamah akan mendengar permohonan beliau untuk mengugurkan pertuduhan(tidak mahu dibicarakan).
Yang mana satu ni Dato' Seri? Mahu dibicarakan atau sebaliknya? Tetapkanlah pendirian dan hentikanlah dolak-dalih ini.
Yang pasti, pendirian saya dari mula hingga sekarang hanya SATU, iaitu MAHU DIBICARAKAN. Walauapapun, saya tidak akan berputus-asa untuk berdoa dan berserah pada Allah swt agar perbicaraan dapat dijalankan kerana sesungguhnya Allah swt adalah yang Maha Adil dan Maha Berkuasa.
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
p/s: Kepada sahabat2 blogger, Saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan diatas segala sokongan dan nasihat yang diberi. Terbaru, saya ada melihat kempen ''Perhimpunan Rakyat'' di blog-blog sahabat. Ikhlas saya nyatakan, saya berasa amat terharu dengan sokongan yang diberi. Sesungguhnya ia telah membakar semangat saya untuk meneruskan perjuangan yang penuh mencabar ini. Semoga Allah swt membalas jasa sahabat-sahabat sekalian. Berjumpa kita di Mahkamah, Insyaallah..
Pautan:
'Perbicaraan' Sebelum Perbicaraan - Awang Selamat
WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia
Dato' Seri, saya juga sudah bersedia
Menegakkan benang yang basah- buat YB Nurul Izzah
Gugurkan Kes! - DSAI
[Ulangan] 25hb jun DSAI berlepas ke Washington?
Harapkan agar, pagar makan padi - Bapa
Berjayakah Anwar gugurkan kes sebelum perbicaraan? - Cyber1trooper
Mohd Saiful Bukhari Azlan by Syed Akhbar Ali
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi
No comments:
Post a Comment