NUFFNANG

Sunday 10 August 2014

PENDEDAHAN PANAS DR ZUHDI ! ... Dr Zuhdi : Anwar Serang Hendap Presiden PAS

PENDEDAHAN PANAS DR ZUHDI ! ... 

Dr Zuhdi : Anwar Serang Hendap Presiden PAS

AIDCNews – 9/8/14 – Berikut transkrip ucapan Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, di kediaman Menteri Besar Selangor, 7 Ogos 2014 :
Sebelum hari raya, saya telah mengambil pendekatan untuk menyerang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) (audiens bertakbir Allahuakhbar) dalam isu yang hanya didengari oleh 5,000 rakan-rakan facebook. Saya kritik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat disebabkan dua perkara.
Yang pertamanya, saya maklumkan oleh sahabat saya, Al Fadhil Ustaz Zaharuddin Muhamad, ada suatu bentuk serangan-serangan hendap yang dilakukan ke atas peribadi Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan juga Yang Mulia Raja Idris. Bahawa mereka inilah yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim disebabkan kepentingan peribadi.
Serangan itu diagungkan secara serangan hendap menggunakan sebuah akhbar portal, akhbar internet. Dan perkara itu telah diambil tindakan oleh Ustaz Zaharudin merujuk siapakah wartawan yang telah melakukan serangan-serangan seperti itu. Dan wartawan itu memaklumkan bahawa serangan itu datang daripada inner circle ataupun orang-orang sekeliling Ketua Umum PKR.
Dan ini menyebabkan saya sebagai seorang anggota Parti Islam Se-Malaysia tidak boleh berdiam diri apabila Presiden PAS dan juga Yang Mulia Raja Idris, saya kenal semenjak saya berada di UK dahulu diserang secara hendap. Maka, apakah bila ada serangan hendap, kita menyerang semula kita dianggap sebagai orang yang tidak amanah dan berjuang untuk kepentingan peribadi.
Kenapa tak diambil tindakan kepada orang yang menyerang secara serangan hendap ini? Ini persoalan. Dan hari ini pun masih berterusan. Serangan itu dilakukan sejak dari melalui akhbar portal tersebut dan juga akhbar-akhbar yang lain. Itu yang pertama.
Kajang Move
Yang kedua, saya mengambil tindakan untuk menentang dan juga mengkritik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat disebabkan ‘Kajang Move’. Yang mana ‘Kajang Move’ ini merupakan jalan pintas untuk menuju Putrajaya.
PAS, kita telah masuk pilihanraya sejak tahun 1955 dan kita bersabar walaupun kita tidak menang pada tahun 2013. Ketika mana pada waktu itu ramai pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat yakin bahawa kita akan pergi ke Putrajaya. Mungkin ada yang bersiap untuk ke Putrajaya pada malam tersebut. Tetapi Allah telah mentakdirkan bahawa belum sampai masanya. Belum sampai masa walaupun kita mendakwa mendapat popularity vote, undi popular lebih, tetapi belum sampai masanya. Lantaran itu, kita bersabar.
Rakyat Selangor memberi amanah negeri Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dan teamnya supaya selepas ini kita akan menyinsing lengan turun padang untuk memberi khidmat kepada rakyat. Bukan menjadikan negeri Selangor sebagai jalan pintas untuk mendapat jawatan-jawatan penting, duduk di Putrajaya.
Dalam suatu gerakan ataupun move yang disebut national consensus, persepakatan nasional. Apakah kandungan itu? Apakah kandungan nasional consensus yang ada kaitan dengan ‘Kajang Move’? Tidak lain dan tidak bukan ianya adalah suatu jalan pintas untuk menuju Putrajaya disebabkan tidak sabar lagi menunggu sehingga pilihanraya 2017 ataupun 2018.
Bila kita melakukan gerakan-gerakan seperti ini, ia merupakan suatu pengkhianatan kepada rakyat Selangor yang mengundi Pakatan Rakyat atas lambang PAS, PKR dan DAP kerana mereka mahu pentadbiran yang dilakukan sebelum ini lebih smooth, lebih amanah dan juga negeri berkebajikan.
‘Kajang Move’ ini satu persoalan yang pakatan pun tahu, apakah ‘Kajang Move’ ini? Tetapi gerakan untuk melakukan ‘Langkah Kajang’ ini tidak pun dimaklumkan sepenuhnya kepada pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat termasuk PAS.
Sebab itu saya mengambil sikap mengkritik Ketua Umum PKR supaya bersabar. Tidak mengambil keputusan-keputusan yang unileval yang melibatkan risiko besar, yang melibatkan kepercayaan rakyat kepada kita.
Whatsapp
Inilah di antara sebab mengapa saya mengkritik. Dan kritikan-kritikan itu diperbincangkan dalam Whatsapp. Berbincang dalam Whatsapp. Walaupun ada pimpinan-pimpinan PAS yang keluar undiannya, membuat kenyataan akhbar menyatakan bahawa Whatsapp ini hanyalah media sosial untuk hebahan anak program. Untuk hebahan mesyuarat. Kalau begitu tak payah buat Whatsapp. Kalau dalam perbincangan Whatsapp itu menjadi serius, media tidak formal ataupun disebut informal communication, inilah yang telah menyebabkan Isaac Newton menjadi seorang saintis hebat, mengemukakan pandangan-pandangan tentang tiga prinsip kerana beliau berhubung dengan rakan-rakannya melalui media tidak formal. Di antaranya sejak ada Whatsapp.
Perbincangan yang dibuat ialah perbincangan yang serius. Kadang-kadang ada unsur humor, kadang-kadang ada unsur provoke. Disebabkan itu, maka perbincangan itu walaupun dalam media sosial, ia tidak merupakan suatu perbincangan untuk tidak diketahui di media sosial. Ia perbincangan sulit.
Dan apa yang saya kemukakan itu yang lahir daripada diri saya kerana saya bukan salah seorang yang menyokong usul untuk keluar Pakatan Rakyat dalam perbincangan itu. Yang menyokong usul itu orang lain. Yang mengusulkan orang lain. Cuma saya mengemukakan beberapa senario yang boleh berlaku. Sekiranya kita keluar (Pakatan Rakyat) apakah senarionya? Kedudukan negeri Selangor dan juga rasa sebahagian ahli PAS yang dibincang pada malam itu, yang ada ahli PAS, selepas ini merasai tidak lagi terkongkong untuk memberi kritikan-kritikan yang pedas kepada pihak-pihak tertentu sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini.
Saya nak terjemahkan dalam bentuk perkataan yang bersifat sarkastik. Yang dalam perbincangan itu, kalau mereka yang ada dalam perbincangan itu, yang duduk sampai 2 pagi berbincang, saya yakin mereka akan faham apakah bahasa yang saya guna. Tetapi, bila dimunculkan perbincangan Whatsapp itu, nama saya tidak semena-mena jadi selebriti sehingga facebook saya yang saya kritik sebelum hari taya itu, facebook saya pun dikeluarkan isi. Bak kata orang, kalau saya berdehem, orang akan tanya berdehem itu Tan Sri Khalid Ibrahim ataupun Datuk Seri Anwar Ibrahim (audiens ketawa).
Jadi saya tidak mahu menjadi popular. Saya senyap dan saya hanya memberi maklum balas dalam facebook kepada rakan-rakan tetapi ada yang mengeluarkan. Di antara isu yang saya sebut ialah isu ‘Behrang Move’ yang berlaku bagaimana ADUN Behrang telah diminta meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada orang yang lebih dipercayai oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat. Ada yang mempertikaikan saya dapat sumber daripada mana. Saya ni pengundi Behrang. Pengundi Behrang sejak saya mendaftar sampai sekarang. Dan saya dengar daripada orang-orang kanan ADUN Behrang.
Tujuan saya membangkitkan isu supaya orang faham tindakan menurun naikkan pemimpin ini bukan seperti tukar pakaian. Nak turun orang ni, tak puashati dengan orang ni ataupun nak naikkan orang yang dia favourite, dia boleh naikkan bila-bila masa sepertimana tukar pakaian. Ini bukan suatu amalan yang baik hatta dalam negara demokrasi. Biarkan negara demokrasi ini dipimpin oleh Perlembagaan, lima tahun sekali, berikan ruang yang seluasnya kepada pimpinan yang ada. Yang saya yakin rakyat Selangor telah beberapa kali polls dibuat sama ada dibuat oleh Merdeka Center, sama ada dibuat poll-poll persendirian, rakyat Selangor berasaskan Islam (audiens bertakbir Allahuakhbar).
Sebab itu bila YB Shah Alam keluarkan kenyataan, dikod oleh Sinar Harian, dipetik oleh akhbar-akhbar online. Akhbar-akhbar online ini, dia akan ada respon daripada pembaca dan respon pembaca itu biasanya orang yang mendaftar dalam facebook. Saya sebut kepada rakan-rakan, saya tak perlu jawab sebab pembaca itu sendiri jawab untuk saya.
Begitu juga dengan tuduhan YB Sepang kepada facebook.. Cubalah lihat kepada akhbar online dalam internet ini, dalam Sinar Harian yang boleh dilihat sebagai pengundi atas pagar atau dalam Malaysiakini. Cuba lihat komen-komen, sebahagian besar mereka taksub dengan YB Sepang. Itulah suara rakyat.
Jadi, disebabkan itulah, maka saya melihat isu ini, bagaimana nak selesaikan. Kita kembali kepada peribahasa Melayu,’buangkan yang keruh’. Keruhan yang ada ini sebab ada orang yang mengkocakkan air yang tenang dan juga mengkocakkan air yang jernih. Ada orang yang mengkocakkan air. Siapa yang mengkocakkan?
Rakyat Selangor selesa dengan Menteri Besar Selangor, dengan Exco sekarang. Selesa dengan pembangunan sekarang. Kita pergilah masjid negeri pada bulan Ramadhan, tak cukup tempat untuk beribadah. Begitulah makmurnya negeri dan juga masjid-masjid di Selangor. Rakyat selesa. Tiba-tiba ada orang yang mengkocakkan. Untuk menyelesaikan isu ini tak perlu jumpa mana-mana, kita jumpa orang yang mengkocakkan itu bagitahu dia jangan kocak lagi. kalau dia kocak juga, lu pikirlah sendiri apa nak buat (audiens ketawa).

No comments: