NUFFNANG

Thursday 14 August 2014

GENDANG PERANG SARAF ANWAR TERHADAP PAS SUDAH DIPALU !! KUMPULAN ANWARINAS TERIMA ARAHAN, PENGARUHI AJK PAS PUSAT UNTUK UBAH KETETAPAN AWAL MAJLIS SYURA!!!

KUMPULAN ANWARINAS TERIMA ARAHAN, PENGARUHI AJK PAS PUSAT UNTUK UBAH KETETAPAN AWAL MAJLIS SYURA!!!


Berita pertemuan antara Hadi Awang dengan Anwar Ibrahim yang gagal menghasilkan keputusan seperti apa yang dikehendaki oleh Anwar Ibrahim, telah ramai ketahui. Ia bukan lagi rahsia walaupun Anwar Ibrahim menyatakan kononnya, pertemuan tersebut bagus.

Malah bukan juga rahsia keengganan Hadi Awang bertemu dengan Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Kuala Ibai, menyebabkan Anwar Ibrahim terpaksa mengambil keputusan untuk bermalam di Kuala Terengganu semata-mata untuk mengambil hati Hadi Awang.

Majlis Syura PAS dalam satu keputusan yang mengejutkan Anwar Ibrahim telahmembuat ketetapan bahawa PAS menyokong penuh Khalid Ibrahim dikekalkansebagai Menteri Besar Selangor memandangkan tiada sebarang kesalahan syarie yangdilakukan oleh Khalid sepanjang memegang jawatan tersebut. Keputusan Majlis Syuraitu bersamaan dengan keputusan lebih awal, Dewan Ulama PAS Pusat yang jugamembuat ketetapan yang sama. Namun yang lebih meyakinkan ialah bilamana padaAidifitri Mursyidul Am PAS yang dikunjungi Khalid Ibrahim memberikan sokongannyakepada Khalid Ibrahim, mengabsahkan ketetapan lebih awal yang dibuat oleh Presiden PAS, Hadi Awang.

15 ADUN PAS di Selangor dengan 4 orang ADUN PAS sudah pun bersama-sama Khalid Ibrahim meskipun PKR dan DAP memberi kata dua kepada PAS agar memboikot Menteri Besar Selangor itu. 15 orang ADUN itu bakal menentukan sama ada cita-cita Anwar Ibrahim untuk membolot wang sebanyak RM3 bilion Selangor, berjaya atau sebaliknya.

Biarpun pada masa yang sama, Khalid Ibrahim kelihatan begitu yakin dia akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor, namun Anwar yang mempunyai pengaruh besar dalam AJK PAS Pusat di mana 75% daripada AJK tersebut adalah Anwarinas, boleh memutarbalikkan ketetapan yang telah dibuat oleh Presiden, Mursyidul Am, Dewan Ulama dan Majlis Syura.

Biarpun bukanlah tradisi bagi AJK PAS Pusat berbeza pandangan dengan Majlis Syura apatah lagi Dewan Ulama, AJK PAS Pusat pernah membuat 'kejutan' dengan memilih untuk menyebelahi Anwar Ibrahim dan DAP terutama yang membabitkan Tahaluf Siyasi.

Dalam situasi Selangor, 17 Ogos merupakan tarikh penentu yang cukup memeritkan. Tarikh 17 Ogos merupakan penundaan kali ketiga yang dibuat oleh Mustafa Ali. Walaupun pada awalnya, Mustafa menyatakan bahawa PAS tidak akan menunda atau mempercepatkan tarikh asal 8 Ogos, tetapi kemudian ianya bertukar kerana banyak faktor.

Faktor utama adalah campurtangan Anwarinas yang mahu mempengaruhi AJK-AJK PAS Pusat agar membuat keputusan menyebelahi Anwar Ibrahim. Di Kuala Terengganu, dalam pertemuan antara Hadi Awang dengan Anwar Ibrahim, yang paling banyak buat promo untuk Hadi Awang mengikut kehendak Anwar adalah Syed Azman ADUN Batu Buruk yang beberapa kali dikantoikan sebagai wakil rakyat bodoh oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said di DUN Terengganu tidak lama dahulu.

Di peringkat Pusat, anasir-anasir seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, dan beberapa orang lagi cuba memberitahu dan mempengaruhi PAS bahawa tanpa Pakatan Rakyat, PAS tidak ke mana-mana. Manakala di peringkat negeri Selangor pula sehingga setakat ini, dua orang ADUN yang kelihatan tidak dapat menyembunyikan belang Anwarinas mereka adalah Saari Sungip dan Dr. Rani Othman.

Meskipun masing-masing sedar dan amat tahu, PAS Selangor berada dam keadaan yang amat selesa untuk menjadi Kerajaan Negeri Selangor secara solid, tetapi pematuhan serta ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim cuba diselindungi dengan kononnya, PAS perlu patuh kepada perjanjian dan kesepakatan Pakatan Rakyat.

Pendapat mereka tetap sama iaitu, PAS sangat bergantung kepada Pakatan Rakyat, bukan Pakatan Rakyat yang sangat memerlukan PAS untuk memperkukuhkan kedudukan PKR dan DAP.

Adakah Anwarinas berjaya dalam tugasan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada mereka?

17 Ogos adalah tarikh penentunya. Namun yang pasti, mereka sedang giat bukan sahaja memeras ugut, tetapi juga sedang rancak menjalankan pelbagai tipu muslihat untuk memastikan misi Anwar Ibrahim merompak wang rakyat Selangor berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang bantahan.
source : the flying kick

No comments: