NUFFNANG

Thursday 14 August 2014

Idham Lim curigai lelehan air dari mulut Saari dan Hasnul

Idham Lim curigai lelehan air dari mulut Saari dan Hasnul



ISU KERUSI MB SELANGOR

1. TIDAK GILA JAWATAN
PAS sejak seusia PRU13 lagi telah mengumumkan jawatan MB Selangor diserah kepada PKR walaupun kerusi Dun PAS melebihi PKR, ia diumumkan sendiri Presiden PAS, TGHH atas semangat pakatan di mana PAS sudah ada Kelantan dan DAP pula P.Pinang.

2. TIDAK DIMESYUARATKAN
PKR menyusun 'Langkah Kajang' tanpa berbincang dengan PAS sehingga PRK Kajang 'terpaksa' dihadapi. PAS menegaskan membantu mengikut keperluan. Manakala soal pertukaran MB tidak berbangkit. PAS terus disalahkan DAP lagi apabila DAP kalah dlm PRK Teluk Intan. Pertambahan pusat-pusat maksiat dan rumah urut di Selangor juga didalangi pimpinan tertinggi DAP dan PKR sendiri sehingga membuat TSKI pening kepala. Itu belum lagi permintaan kontrak dan jawatan yg kekadang melampaui adat dan batas

3. CADANGAN
Apabila Ketua Umum PKR (KETUM), DSAI mengumumkan pertukaran MB Selangor kepada DSWA dengan PAS dan DAP akan pulang membawa perbincangan hal itu kepada parti masing-masing bermakna hal itu adalah berstatus cadangan. Terpulanglah kpd PAS utk bersetuju atau menolak tetapi jgn "memaksa atau menekan" utk PAS membuat keputusan!

4. PENDIRIAN PARTI
Reaksi kepada pertanyaan media oleh TGHH bukanlah ulasan atau pandangan peribadinya. Pernyataan beliau itu adalah 'pendirian rasmi' PAS sebagaimana telah diputus dan dipegang sejak PRK Kajang. Kenapa Anwar Ibrahim dan Lim Guang Eng mengatakan pandangan TGHH sbg pandangan peribadi? Apakah kerana pandangan TGHH tidak selari dan tidak bersetuju dgn pandangan PKR dan DAP?

5. MEMAKSA & GOPOH
Mereka yang mengkritik TGHH kerana penyataan itu hakikatnya tidak demokratik kerana lontaran DSAI itu hanyalah berstatus cadangan. Mereka seakan memaksa TGHH menerimanya sebagai keputusan sedang mesyuarat belum berlangsung, bermakna merekalah yang gopoh dan mengkhianati PAS.

6. MEMPERIBADIKAN ISU
Pendirian PAS yang diulang sebut oleh TGHH itu menjadikan beliau sasaran serangan kononnya menjd penyibuk dan mencampuri hak dalaman PKR. Mereka cuba memperibadikan isu ini. Jika ini hanya semata-mata isu dalaman PKR, mengapa Anwar Ibrahim mesti menggunakan mesyuarat PR? Mengapa LGE/DAP pun mahu mempertahankannya sama sedangkan ianya tidak ada kena mengena dgn DAP? Ini bukan isu keahlian PKR tapi isu kerusi MB.

7. TABIAT PERJUANGAN ISLAM
Pendirian yang dilihat kononnya bercanggah itu dinilai sebagai usaha utk PAS bergabung dengan UMNO dan mahu keluar dari PR. Ini tafsiran bersifat fitnah dan gagal memahami tabiat perjuangan Islam. PAS telah mengulangi dalam beberapa kali muktamar bahawa ia akan kekal bersama PR yang menjadi janji dan jamaah Islam tidak memungkiri janji. Sangat aneh mereka ya
ng berburuk sangka pada ulama dan jamaah sendiri. Kenapa pula tidak berfikir bhw PKR dan DAP yang mungkin akan keluar PR?

8. SERANGAN BERBALAS
Gagal mendapat sokongan, PKR dilihat melancarkan serangan terutama kepada PAS termasuk batang tubuh TGHH. Malah, beberapa pimpinan PAS juga berkelakuan sedemikian. Antara yg turut diserang juga ialah pentadbiran Kerajaan PAS Kedah yang lalu hingga mengundang pendedahan mantan SETPOL MB Kedah, Almarhum TSAR. Jika sesiapa meneliti penulisan itu, ia bukan pendedahan penyelewengan tapi TUNTUTAN MELAMPAU (demand) yang menggambarkan sikap sebenar PKR yg gelojoh dan gila kuasa. Kenapa mereka melatah?

9. LEMAH AQIDAH
Ada ahli PAS sudahpun longlai sebelum bertempur dengan nada mengugut andai PAS bersendirian maka PAS tidak akan mencapai cita-cita utk memerintah Malaysia. Inilah hujah akal yang terbukti lemah kerana al-Quran telahpun menghidangkan 1001 iktibar tamkin.

10. PENDAKWAAN
Tanpa berselindung, TSKI dihadapkan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan keraguan berkaitan salahguna kuasa dan penyelewengan (sanggup mereka tikam rakan sendiri yg dulu amat mereka sanjungi). Tetapi yang utamanya ialah TSKI diletakkan seperti telah dibuktikan bersalah sedangkan prosiding pengadilan tidak dilakukan atas beliau. Sedangkan kezaliman mendapatkan hak seperti itulah yang selama ini PAS, PKR dan DAP perjuangkan terutama untuk DSAI. Akhirnya TSKI dipecat pada 9 Ogos, ternyata langkah PKR sangat gopoh kerana tidak sempat menanti 10 Ogos yang menjadi tarikh asal PAS untuk menyatakan jawapan. Bermakna juga PKR merasai impak keputusan MSU yang bersidang sebelum itu. Paling memeningkan ialah hendak menjelaskan kepada rakyat kerana selama ini pentadbiran PR Selangor dijadikan modal ceramah satu bentuk pemerintahan yang telus dan berjaya oleh PR ke arah cita-cita model pemerintahan Malaysia baru. Kini, PKR (Rafizi, Saifudin, Zuraida) mengadakan roadshow seluruh Selangor mengutuk pentadbiran dan peribadi TSKI. Mengapa kini harus mengutuk org yg pernah sama PAS, PKR, DAP sanjungi?

11. MENDAHULUI MESYUARAT
Tidak berbangkit isu MSU mendahului Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kerana semua hal terikat dengan panduan syarak dan MSU telahpun menunjukkan sikap proaktifnya. Semua entiti PAS yang lain adalah penetap pelaksanaan dan pelaksana.

12. HIMPUNAN DILEMA
Sikap PKR dan DAP terkini meletakkan PAS
dalam dilema. Bahkan ada pemimpin DAP dan PKR sendiri yg memang memusuhi PAS dan mahukan PAS keluar drp PR. Lebih malang apabila nada-nada menuduh PAS akan bersama BN Selangor dalam situasi ini. Tetapi kerana isu ini ada pihak yang nyata seperti dipinggirkan iaitu rakyat. Malah, meletakkan PR pada situasi genting iaitu kemungkinan bertembung dengan istana dan Pilihan RayaNegeri yang boleh menatijahkan PR kalah dan hilang pemerintahan (Rafizi,Pengarah Strategik PKR telahpun nyatakan sanggup hilang Selangor). Jadi, apakah tujuan utama sebuah pemerintahan yang difahami PKR dan DAP?

13. HUKUM YANG MENGIKAT
Kita yakin anggota MSU kita adalah ulama yang berkemampuan melihat dan memahami sesuatu perkara secara spontan (syai' badihi). Tetapi, sidang MSU menilai konteks isu ini berdasarkan hukum Islam yakni bersumberkan al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan qiyas. Sudah pasti hal berkaitan kepimpinan, rakyat, negeri dan perundangan yang menjadi intipati penting dalam siyasah syariyyah telah diteliti. Sebagai ahli/pimpinan PAS, sewajibnya keputusan syarak ini menjadi hukum yang mengikat, tidak mungkin ada hukum lebih tinggi, itulah yang diimani selama ini. Maka setiap ahli PAS perlu menilai kembali intima'nya terhadap jamaah, menghormati keputusan Presiden PAS dan tidak membuat keputusan terburu-buru demi kepentingan dan agenda peribadi masing-masing. Wallahu'alam.

* penulis adalah Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

source : the unspinners

No comments: