NUFFNANG

Saturday, 30 August 2014

Perutusan Biadap Kit Siang Sempena Merdeka


Perutusan Biadap Kit Siang Sempena Merdeka

mynewshub.my - Penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat kenyataan biadap bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 esok apabila mempersoalkan sama ada Malaysia telah benar-benar merdeka.
Beliau mendakwa, negara ini belum benar-benar merdeka kerana pendekatan pecah dan perintah warisan penjajah British masih diamalkan di negara ini.
“Malaysia masih menggunakan undang-undang British untuk menafikan hak bersuara dan berpendapat dan pelbagai lagi undang-undang yang menindas.
“Penindasan ini seperti yang boleh dilihat daripada beberapa pendakwaan terpilih dan berniat jahat terhadap pemimpin pakatan dalam masa sepuluh hari lalu,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Kit Siang mengkritik pelbagai iklan kemerdekaan yang disiarkan media kerana didakwa bertujuan melalaikan rakyat dengan ilusi kemerdekaan dan kebebasan.
Beliau mendakwa, Iklan terbabit cuba menampilkan kehidupan yang seakan sebuah lakonan sedangkan rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan dan rasa saling tidak senang antara satu sama lain disebabkan perbezaan warna kulit dan budaya.
“Setelah 57 tahun Merdeka, Malaysia masih lagi merangkak dalam usahanya membina sebuah masyarakat yang harmonis tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik,” dakwanya.

source : aidc

No comments: