NUFFNANG

Saturday 16 August 2014

IJN Nafi Saari Sungip “jadi mangsa sumpah baiah” Pas

IJN Nafi Saari Sungip “jadi mangsa sumpah baiah” Pas

Sejak petang tadi, penyokong Parti Islam se-Malaysia (PAS) menyebarkan pesanan ringkas (SMS) bahawa ADUN Hulu Klang, Saari Sungip dari PAS dimasukkan ke Istitut Jantung Negara kerana sakit jantung. Namun menurut Suara.TV, Institut Jantung Negara (IJN) menyatakan laporan tersebut adalah palsu dan tidak berasas.

SMS tersebut dipercayai bertujuan menakutkan wakil rakyat Pas yang ingin belot dari parti tersebut. Mereka mendakwa Saari Sungip sakit jantung setelah derhaka dengan baiah Pas apabila mendahului keputusan parti Pas untuk menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Semalam Saari Sungip dan Hasnul Baharudin, ADUN Morib dari Pas mengejutkan negara apabila mengumumkan sokongan secara terbuka kepada Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Ini sekaligus menimbulkan kemarahan pucuk pimpinan Pas yang sedang bermain tarik tali sama ada mahu menyokong Khalid Ibrahim atau Wan Azizah,

Malah Hasnul Baharudin dikatakan mengeluarkan kenyataan terbuka petang tadi mengkritik Pas yang masih belum membuat keputusan mengenai perebutan jawatan Menteri Besar di Selangor.

Menurut Suara.TV, Hasil tinjauan dan pemeriksaan mereka di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi mendapati tiada nama pesakit yang didaftarkan diatas nama Saari.

“Mengikut data kemasukan sepanjang hari ini, tiada sebarang nama yang direkodkan atas nama beliau” ujar pegawai IJN yang bertugas.

Beberapa blog sebelum ini mendakwa kononnya Astro Awani melaporkan ADUN tersebut berada dalam keadaan kritikal setelah mengadu sakit dada kepada isterinya, Alizs Jaafar dirumah mereka di Taman Sri Ukay, Hulu Klang sebelum dimasukkan ke hospoital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Laporan tersebut kemudiannya disebarkan oleh pihak-pihak tertentu melalui aplikasi Whatsapp.
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali dilaporkan berkata Saari Sungib mungkin melanggar baiah bersama Pas sekiranya beliau memutuskan untuk keluar parti semata-mata kerana keengganan Pas Pusat menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Hasan Ali pelanggaran baiah berlaku apabila seorang pemimpin atau ahli Pas melakukan perbuatan yang bercanggah dengan pendirian Pas Pusat.


Saari merupakan salah seorang dari dua ADUN PAS yang menyokong perlantikan Wan Azizah Ismail semalam.

source : my kmu.net

No comments: