NUFFNANG

Wednesday 13 August 2014

KRISIS MB : SEBAB SEBENAR SULTAN SELANGOR TIDAK MAHU JUMPA WAN AZIZAH

KRISIS MB : SEBAB SEBENAR SULTAN SELANGOR TIDAK MAHU JUMPA WAN AZIZAH

Satu lagi perkembangan terbaru dek krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang memalukan Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah.




Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan untuk berjumpa Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan isu menteri besar Selangor. 

Jika merujuk kepada kenyataan Datuk Mohamad Munir Bani, Setiausaha Sulit Sultan Selangor yang disiarkan di dalam portal berita, terdapat beberapa sebab Sultan Selangor tidak berkenan untuk berjumpa Wan Azizah :
1. Surat permohonan itu ditulis oleh Anwar Ibrahim dan bukannya Wan Azizah yang memegang jawatan Presiden PKR. 
2. Pemecatan Khalid dari ahli PKR tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai ADUN Selangor.  
3. Sultan Selangor tidak mahu campur tangan dalam isu dalam PKR.
'Kelakar' kerana nak menulis surat pun Anwar yang lakukan. Di manakah kredibiliti Wan Azizah yang diangkat menjadi calon MB Pakatan?

Yang lebih menariknya ialah Khalid Ibrahim telah mendapat perkenan Sultan Selangor sendiri dan bukannya Mesyuarat Dewan Diraja Selangor!
"Khalid sudah menghadap Sultan bagi menyembah maklum kepada baginda bahawa beliau dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR dan beberapa perkara berkaitan kedudukan menteri besar sebelum sidang Mesyuarat Dewan Diraja. 
"Sultan Selangor sudah memaklumkan kepada Mesyuarat Dewan Diraja Selangor mengenai keputusan baginda untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor," katanya TMI
Begitu jelas bahawa Khalid Ibrahim telah membawa bukti yang kukuh tentang sokongan majoriti ADUN Selangor kepada beliau. Dan Sultan Selangor percaya sepenuhnya dengan bukti tersebut hinggakan baginda begitu tegas dengan pendirian baginda.

Jika begini status terbaru politik Pakatan dan kerajaan negeri Selangor, pihak yang terhimpit dan terdesak teruk sekarang ialah Anwar Ibrahim, PKR dan DAP.

Anwar Ibrahim mesti buktikan kepada rakyat tentang dakwaan beliau sebelum ini iaitu majoriti ADUN Pakatan telah menolak Khalid Ibrahim.

Rakyat mahu lihat dan mengira sendiri jumlah ADUN-ADUN Pakatan yang menolak Khalid Ibrahim, apakah benar seperti kata Anwar.

Dan janganlah pula aksi Pakatan ini menciplak skrip 'kerajaan angan-angan Anwar' pada 16 September 2008. Ketika itu Anwar mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya mendakwa mempunyai senarai 31 nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti tetapi enggan mendedahkan nama-nama wakil rakyat terlibat.


Video : 16 September 

Akhirnya…. habuk pun tak ada !

source : dr mim

No comments: