NUFFNANG

Monday 18 August 2014

SOALAN BUAT MAJLIS SYURA DAN AHLI PAS YANG WAJAR DIJAWAB !! Adakah PAS sudah luntur ISLAMnya?

SOALAN BUAT MAJLIS SYURA DAN AHLI PAS YANG WAJAR DIJAWAB !! Adakah PAS sudah luntur ISLAMnya?

Ketetapan Majlis Syura memberi sokongan kepada Khalid Ibrahim boleh begitu senang diketepikan.
PAS sekarang akur Wan Azizah seorang-seorang sahaja calon tunggal.
BELOW: Ulama outgunned, outvoted
PASjkPusat2013

FITNAH adalah menjadi darah daging evangelista

Apa salah Khalid Ibrahim dan sudahkah tuduhan-tuduhan terhadap beliau dibuktikan?
Umat Islam perlu bersikap adil, bukan? Menipu dan memfitnah itu kerjaevangelista. Saban hari lidah bercabang mereka asyik membelit-belit.
Tuan Guru Nik Aziz berpihak kepada Khalid tetapi isyarat oleh mursyidul am itu ditenggelami kelmarin oleh ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat PAS.
Dan tak nampak pun kelibat Hadi Awang di sidang akhbar semalam – gambar bawah.
MJX_SidangMediaPASAzizah

Hadi menghilang

Pada petang semalam, “presidential council” Pakatan turut berjumpa media. Majlis tersebut mengumumkan bahawa nama Wan Azizah akan dikemukakan kepada Sultan.
Anwar, Azmin, Kit Siang, Guan Eng, Mat Sabu dan Tok Pa berdepan dengan para wartawan.
Tuan Guru Hadi selaku presiden parti tidak pula tunjuk muka – lihat gambar-gambar, bawah.
MJX_SidangMediaPakatanAzizah2
MJX_SidangMediaPakatanAzizah

Geng Gereja

PAS sekarang suara parti geng Khalid Gereja, Mujahid BFF Uskup, Mat Sabu Lim, Nizar Ngeh-Nga, Mahfuz, Hanipa dan mereka-mereka yang sewaktu.
Golongan ulama PAS semakin disisih.
Kosmo
Kosmo, 14 Jan 2014

Najib jamin kerajaan jaga akidah umat

Sementara kerajaan BN “komited pertahan kesucian Islam”, peranan PAS dalam kerajaan Pakatan ialah sekadar untuk menghalalkan orang Kristian kebas lafaz ‘Allah’.
Sultan Selangor pun prihatin terhadap perkara ini dan baginda telah bertitah:
“JAIS harus memberikan tumpuan terhadap kes-kes yang lebih berat seperti kes-kes yang melibatkan ajaran agama sesat, isu murtad, isu berkaitanceramah politik di masjid dan surau yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan boleh merosakkan akidah serta menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam”.
BAWAH: Puan Speaker masih membuat kunjungan ke masjid dan surau meskipun Sultan sudah memberi peringatan

HannahSuraualTaqwa

Twitter - SinarOnline- Isu kalimah ALLAH

Digadainya lafaz ‘Allah’ oleh parti Islam

PAS sendiri sesat dan tidak kisah kalau akidah umat Islam dipesongkan oleh evangelista yang cuba kebas kalimah Allah.
Parti Islam – konon – tetapi nekad mahu bersekongkol dengan evangelista DAP yang menyebarkan fitnah bahawa Tuhan Yang Maha Esa mempunyai seorang anak lelaki Yesus yang dilahirkan seorang insan bernama Maryam.
Ciri ketauhidan Allah pun boleh si munafik-munafik DAP itu buat fitnah.
Utusan, 15 Julai 2013
Utusan, 15 Julai 2013

Christians in control

PAS jelas hilang arah dan tidak wajar lagi digantungkan harapan untuk menegak syiar Islam. Nyata ianya berjaya ditarbiyah oleh Kristian DAP.
Selangor dibiar sahaja oleh PAS untuk dikuasai puak evangelista. NantiJerusubang akan dinaikkan mereka sebagai ibu negeri Selangor kelak.
BAWAH: Najib berjanji akan pertahan kalimah Allah
PAS ke mana?
Pertahan kalimah Allah - Najib
Utusan, 15 Julai 2013

‘Cari titik persamaan kukuh Islam’

Kenapa orang Melayu-Islam yang duduk Umno ditolak mentah-mentah oleh PAS dan sebaliknya orang Kristian-DAP mahu didakap?’
Puak Yahudi Yeoh telahpun menyeru, “Rise up and take Subang for Jesus!’ tetapi jauh sekali PAS hendak membantah.
Laungan “Rise up and take the city [KL] for Jesus” kuat berdentum tetapi PAS rela mendiam diri asalkan Umno pecah perut.
Tidak penting bagi PAS untuk mendaulatkan Islam. Lebih penting PAS melekat kepada DAP supaya langkah bersama ke Putrajaya tidak akan terjejas.
Berita Harian, 11 Jun 2013
Berita Harian, 11 Jun 2013

“Masjid, surau tempat umat Islam”

Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini:
“Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. [...]
Beta mengingatkan sekali lagi janganlah dijadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan juga tempat mengadakan demonstrasi yang negatif, baik di dalam atau di kawasan perkarangan masjid.
Masjid dan surau adalah tempat umat Islam dan orang Melayu beribadat dan bertemu bagi mengeratkan silaturrahim antara sesama orang Melayu umat Islam. [...]
“Jadikanlah masjid sebagai tempat yang aman, selesa dan kondusif untuk setiap umat Islam melakukan ibadah dan mendapat keredaan Allah.”
Sumber: Utusan (16 Julai 2014)
Masjid pusat hidayah Muslim

Adakah jalan PAS masih diredhai Allah?

Intipatinya PAS merelakan masjid dijadikan sebagai gelanggang untuk DAP berpolitik.
PAS memandang sepi usaha-usaha DAP menjadikan agama Islam sebagai modal politik.
Masjid dan surau adalah tempat umat Islam tetapi Pak Angguk PAS suka menjemput DAP masuk lalu mencemar kesucian tempat ibadah.
PAS yang kini tidak seperti PAS yang dulu. PAS yang baru yang ketandusan ulama sanggup melepaskan cita-cita ‘Negara Islam’nya demi cintanya terhadap duniawi dan DAP.
Secara tidak langsung perjuangan Islam PAS sudah di”UBAH” oleh evangelista DAP.
PAS yang pernah dipanggil dengan nama PIS (Persatuan Islam Se-Malaya) dan PUS (Persatuan Ulamak Se-Malaya) sekarang harus digelar saja PIP — Parti Ikut Perintah.

No comments: