NUFFNANG

Monday, 18 August 2014

WAHAI PAS !! " Bertindaklah atas prinsip apa yang benar, apa yang salah, dari sudut kaca mata agama. "

PAS perlu bersama MB Selangor


PAS perlu bersama MB Selangor (Sinar Harian, 18.8.14)

Ketika berbual dengan orang PAS mengenai politik negeri Selangor, mereka berkata, “walau apapun berlaku dalam Pakatan Rakyat, PAS takkan keluar, jika PAS keluar, UMNO akan menang”.

Sama ada PAS mahu berada ataupun keluar pakatan, itu hak PAS. Persoalannya, kenapa setiap kali memberikan jawapan, mangsanya adalah  UMNO? Jahat sangatkah UMNO ini, lebih jahat daripada orang kafir atau ultra kiasu?

Adakah kewujudan PAS selama ini semata-mata kerana UMNO?  Bukanlah PAS wujud atas dasar prinsip dan tanggungjawab mahu menegakkan Islam? Janganlah terlalu bermusuh dengan UMNO, tidak ada untungnya kepada Islam.

Kewujudan Hamas di Palestin juga begitu. Hamas ditubuhkan atas dasar prinsip dan tanggungjawab. Yahudi Zionis boleh datang dan pergi. Tetapi Hamas perlu wujud untuk mempertahankan Islam.

Saya tidak fikir Hamas wujud kerana Yahudi Zionis semata-mata. Kita perlu jelas dalam hal ini. Apakah PAS dan Hamas akan dibubarkan selepas tumbangnya UMNO dan Yahudi Zionis?

Bertindaklah atas prinsip apa yang benar, apa yang salah, dari sudut kaca mata agama. Bukannya siapa benar, siapa salah. Jika ada kebaikan UMNO, terimalah hakikat. Begitu juga sebaliknya, jika UMNO salah, tegurlah dan lawanlah. Tetapi jangan terus wujudkan blaming culture. Ini amat tidak sihat.

Jangan kerana UMNO, kita menjadi gelabah. Musuh sebenar PAS adalah ultra kiasu, bukan UMNO. Ultra kiasu awal-awal sudah menentang Islam dan perjuangan Islam PAS. Mereka sudah memberikan amaran, jika PAS menerima Khalid (MB Selangor) sebagai ahli parti, PAS adalah pengkhianat dan tidak bermaruah.

Apakah PAS tidak faham mesej ini? Ultra kiasu kini bukan sahaja anti Islam, pada masa sama sangat bongkak dan sombong. Tidak boleh dikritik langsung, serta-merta mereka mahu saman, seperti yang berlaku kepada Ketua Pemuda PAS. Sepatutnya PAS jawab, “ada aku kisah, nak saman, samanlah”. Jangan bagi muka sangat kepada ultra kiasu. Mereka sudah pijak kepala dan sampai tahap melenyekkan kepala.

Pesta bogel baru-baru ini adalah cabaran kepada PAS dan umat Islam. Ultra kiasu nampaknya tidak begitu serius untuk memeranginya, kerana mereka adalah penyokong tegar hak asasi manusia, seperti LGBT. Lagipun memakai pakaian pendek, ketat dan seksi sudah jadi budaya mereka, termasuk kita juga. Jika bogel itu dibenarkan, saya kira ramai yang akan berbogel nanti, termasuk di jalanan.

Saya sangat teruja dengan pemimpin di India. Sila baca berita bertajuk “Indian minister calls for Goa beach bikini ban” lebih sebulan lalu. Menteri di sana mahu mengharamkan pemakaian bikini kerana ia penyumbang kepada maksiat, cabul dan rogol. Pemakaian seksi sebegini juga mahu diharamkan di pusat-pusat hiburan. Jika negara India begitu berani mempertahankan jati dirinya, kenapa tidak kita?

Jangan biarkan ultra kiasu bermaharajalela dengan program maksiatnya. Nanti akan turun bala dari Allah SWT. Sangat meloyakan apabila melihat pakaian paramugari tambang murah yang begitu seksi, manakala pakaian paramugara, begitu menutup sekali. Dunia sudah terbalik.

Justeru, PAS perlu sensitif dengan isu sebegini. Ultra kiasu sudah tidak kenal halal haram. Mereka hanya pentingkan duit. Haram pada kita, halal pada mereka. Misalnya, projek penternakan babi bersepadu, bernilai RM100 juta yang masih belum dilaksanakan, juga antara faktor penyebab utama mereka begitu marah kepada Khalid.

Tidak cukupkah lagi kita sudah dikenali sebagai antara pengeksport babi terbesar di Asia? Jika mahu sangat ia diternak, buatlah di bandaraya Pulau Pinang dan kawasan perumahan yang paling ramai ultra kiasu. Mereka boleh melihat babi dan makanan kesukaannya setiap hari. Tetapi bukan di Selangor, tempat mastautin kami.  

Saya bimbang, jika projek ini dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai darul babi. Terlalu banyak ladang babi di Selangor, selain Seberang Prai, Perak, Melaka dan Johor, yang telah menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam.

Suka ternak dan makan, tetapi memangsakan umat Islam. Adakah kita sudah lupa virus nipah (JE), yang telah mengorbankan nyawa manusia? Ultra kiasu ternak, yang kena bahaya dan tempiasnya orang Islam

Memang menjadi hak bukan Islam untuk makan babi. Tetapi berpada-padalah menternaknya. Setakat ini, sudah lebih dari mencukupi, eksport lagi. Maklumlah babi beranak 2 kali setahun, sekali beranak lebih 10 ekor. Bukan kaya lagi, kayap.   

Setakat ini kita mengeluarkan 235,000 tan babi setahun, dengan tambahan 1.8 juta anak babi, belum termasuk yang dieksport. Justeru, saya bersetuju dengan idea Khalid, Kerajaan Selangor boleh terus ditadbir, walaupun hanya dengan 4 exco PAS. Keluarkanlah exco ultra kiasu.

Mereka ini tidak ada fikir benda lain, melainkan hal ehwal mereka sahaja. Dalam kepala mereka hanya fikir soal duit, judi, arak dan babi, kerana inilah perniagaan yang paling menguntungkan.

Kerajaan Selangor boleh berjimat dengan mengurangkan exco. Sudah tentu beban PAS akan bertambah. Baru buat kerja namanya. Saya amat yakin, PAS, selepas PRU13, bersetuju ADUN PKR menjadi MB Selangor dahulu disebabkan Khalid yang menjadi pilihan.  Justeru, berkhidmatlah di bawah Khalid demi Selangor tercinta. Tidak perlu menyalahkan UMNO lagi.

No comments: