NUFFNANG

Monday 25 August 2014

Isma: “Mereka mencabar itu, mencabar ini” Ustaz-Fauzi-Asmuni

Isma: “Mereka mencabar itu, mencabar ini”

Ustaz-Fauzi-Asmuni




Sultan ada kuasa, Mufti ada kuasa, mahkamah ada kuasa, jadi kita selesaikan segala masalah mengikut saluran undang-undang dan perlembagaan,” ujar naib presiden Isma Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni dalam kupasannya tentang masalah perkauman.
Dalam sebuah temubual dengan wartawan Isma, Ustaz Fauzi menyebut bahawa golongan pelampau bukan sahaja mempertikai kontrak sosial, kedudukan Islam dan ‘kedudukan istimewa’ Perkara 153 bahkan perkara tanah rizab Melayu pun disentuh mereka.
Ustaz Fauzi bertanya bagaimana kita boleh hidup dengan damai jika kumpulan penentang perlembagaan ini hanya asyik mahu supaya undang-undang tubuh negara diubah.
“Jika sekiranya mereka tidak menghormati perlembagaan, mereka nak hormat apa sebagai warganegara di Malaysia?”
Sambung beliau, “sekiranya jika kita kumpul dalam masa setahun sahaja, kita akan dapat ratusan artikel yang mereka pertikaikan Melayu adalah pendatang, mereka mempertikai kedudukan Sultan” dan bermacam-macam lagi.
“Mereka mencabar undang-undang yang berkait dengan orang Islam dalam isu lesbian, gay, mereka cabar undang-undang syariah, mereka cabar hak murtad, mereka juga cabar dalam isu kalimah Allah.”
Meneruskan perbincangannya, naib presiden Isma tersebut membangkitkan isu pertubuhan-pertubuhan sukarela yang menerima dana asing untuk menjalankanagenda luar. Beliau menyifatkan gabungan Comango, contohnya, sebagai menikam belakang negara.
Mengulas perkembangan sosiopolitik dalam era 70-an, 80-an, beliau berpendapat isu-isu sebegini tidak muncul ketika itu sebab tuntutan-tuntutan yang bercanggah dengan perlembagaan tidak ditimbulkan.
“Tetapi apabila mereka menuntut macam-macam sejak tahun 2000 ke atas, terutamanya selepas PRU13, apabila mereka merasakan mereka ada kuasa tertentu dan mereka berani mempertikai,” tambah Ustaz Fauzi, “kita hanya respon sebahagian daripada apa yang mereka pertikaikan selama bertahun-tahun.”
source : helen's ang blog

No comments: