NUFFNANG

Monday 11 August 2014

Anwar terkedu - Sultan Perkenan Khalid Kekal MB Selangor!

Anwar terkedu - Sultan Perkenan Khalid Kekal MB Selangor!


11/8/14 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengekalkan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Khalid dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, sehingga ada perkembangan baharu, beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

“Saya telah menghadap DYMM Tuanku pagi tadi untuk sembah maklum kedudukan MB selepas pemecatan saya sebagai anggota PKR.

“Lanjutan pemakluman itu, DYMM Tuanku telah bertanya sama ada saya masih memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

“Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya, saya masih memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

“DYMM Tuanku berpuas hati dgn penjelasan yg telah disembahkan dan telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan MB Selangor.

“Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan di laman mikro 
Twitter
, lapor Astro Awani.


Suara Politik
Belantan

No comments: