NUFFNANG

Saturday 16 August 2014

BONGKAR !! El Haraki Dedah 6 Nama Lajnah PKR Dalam PAS

BONGKAR !! El Haraki Dedah 6 Nama Lajnah PKR Dalam PAS

AIDCNews – 14/8/14 – Laman sosial pro ulama, El Haraki mendedahkan enam nama yang disifatkan sebagai Lajnah PKR dalam PAS.
Mereka adalah; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat; Ahli parlimen Shah Alam, Kahlid Samad; Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungip.
“Ada beberapa individu lagi yang merupakan ‘pencatur’ penting lajnah ini masih mendiamkan diri. Yakinlah, Allah akan bongkarkan segalanya tidak lama lagi,” dakwa El Haraki.
Selain Saari, lima yang lain (Mohamad Sabu, Dulkefly, Khalid Samad, Hanipa dan Mujahid) adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang bakal membuat keputusan tentang kedudukan Menteri Besar Selangor pada mesyuarat parti Ahad ini (17 Ogos).
Sebelum ini, blog pro PAS, alhusseyn51 ‘mengkotakmerahkan’ geng ustaz daripada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 2013-2015 yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagi Menteri Besar Selangor.
Di peringkat kepimpinan tertinggi, blog itu menyenaraikan dua individu iaitu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali.
Di peringkat Ahli Jawatankuasa PAS pusat pula, tujuh individu disenaraikan.
Mereka adalah; Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nasrudin Hassan, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Datuk Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, Dr Ustaz Riduan Mohd Nor, Dato’ Dr Ustaz Mahfod Mohamed dan Dato’ Ustaz Mohd Amar Abdullah.
Manakala, di peringkat Pesuruhjaya Negeri, satu individu disenaraikan iaitu Datuk Ahmad Yakub, Pesuruhjaya PAS Kelantan.
source : aidc

No comments: