NUFFNANG

Saturday, 30 August 2014

KRISIS MB SELANGOR : GENG ANWAR & DAP KANTOI BERBOHONG !

KRISIS MB SELANGOR : GENG ANWAR & DAP KANTOI BERBOHONG !

Sebelum ini MiM menulis :
Sudahlah menolak titah Sultan Selangor yang mahukan lebih daripada 2 calon untuk Menteri Besar Selangor, rupa-rupanya DAP dan PKR berbohong pula tentang konvensi parti-parti dalam Pakatan pada tahun 2013 seterusnya

Yang terbaru ialah pendedahan mantan pengasas PKR :

Presiden Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata,pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup 'berbohong' demi memastikan agenda untuk melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sepertimana yang dihajati oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tercapai.

Menurutnya, dakwaan PKR dan DAP kononnya hanya mencalonkan satu nama untuk mengisi jawatan Menteri Besar selepas pilihan raya umum lalu adalah tidak benar kerana ketiga-tiga parti telah mencalonkan sekurang-kurangnya dua nama sebagai calon.

"Sama ada Saifuddin dan Tony Pua berbohong atau berpura-pura tidak tahu fakta sebenar. Ketika tahun 2008, ketiga-tiga parti telah mengemukakan nama calon masing-masing termasuk DAP bagi jawatan Menteri Besar. Namun akhirnya Abdul Khalid dipilih. Jangan bohong dengan menggunakan alasan konvensi pakatan pembangkang.

"Pada tahun 2008, saya belum lagi keluar daripada PKR. Saya juga tahu apa yang terjadi dalam pakatan pembangkang. Memang ada beberapa nama lain selain Abdul Khalid," katanya

Lum Yong yang juga merupakan bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menambah, DAP seolah-olah sudah tiada prinsip ketika ini apabila terpaksa mengikut sahaja kehendak dan telunjuk Anwar kerana tidak mahu kehilangan undi masyarakat Melayu pada pilihan raya akan datang.
 seterusnya
Kita lihat dan nilai sendiri betapa teruknya mainan politik Pakatan pembangkang hingga sanggup berbohong terang-terangan.

Pendedahan ini adalah yang kedua diumumkan kepada rakyat. Yang pertama : BACA SINI

source : dr mim

No comments: