NUFFNANG

Wednesday 13 August 2014

Isu MB Selangor - Nasihat Saya Kepada Haji Hadi - Buat Dunno Jer !

Isu MB Selangor - Nasihat Saya Kepada Haji Hadi - Buat Dunno Jer !

Dalam isu jawatan MB Selangor ini, keadaan telah meletakkan Pas buat pertama kalinya berada di tempat yang paling berpengaruh dalam senario politik PR. Bukan saja nasib MB Khalid berada dalam tangan Pas, malah masa depan gabungan PR juga bakal ditentukan oleh Pas  !

Baru je klik TMI dan perhatikan tajuk2 berita di bawah ni ..... BILA LAGI nak tengok tajuk seumpama itu menjadi berita utama portal pro PR ? ! !


Yang biasa kita baca adalah - Dap beri amaran pada Pas ...


BILA LAGI nak tengok keadaan dimana pemimpin tertinggi PR sendiri berkejar ke kampung Presiden Pas di Marang dalam misi memujuk ? ?

Selama ini pandangan Pas tidak pernah diberikan perhatian serius oleh kepimpinan tertinggi PR ..


Siapa kata kerajaan PR Selangor dah tumbang ?  Hanya kerana 6 exco Pkr dan Dap dipecat maka dikatakan kerajaan PR dah tumbang ..... habis tu exco2 Pas mewakili siapa ?

Ya, MB Khalid bukan lagi MB dari PR , tapi siapa punya angkara ? Yang gatal tak sabar2 pi pecat Khalid dari keahlian Pkr tanpa melalui proses penghakiman telus, siapa suruh ?


Anwar juga yang gatal memulakan Kajang Move tanpa terlebih dahulu berbincang dengan Pas .... alih2 bila keadaan dah jadi genting begini, kenapa Pas pula yang diberikan tekanan berbentuk amaran oleh pemimpin Dap supaya jangan bersekongkol dengan Umno melalui pendirian sokong Khalid yang dari awal lagi telah Pas nyatakan .... malah lebih awal dari Umno ?

Beberapa kali keputusan penting dibuat oleh Anwar melalui Kajang Move tanpa menghiraukan pandangan Pas. Tapi bila semuanya kantoi, kenapa Pas pula diserang ? Tak pasal2 nanti Pas pula mahu dilagakan dengan pihak istana oleh PR ....

Kepada Haji Hadi - BUAT DUNNO JER !

Ini masanya Pas menunjukkan taringnya dalam PR tanpa perlu berbuat apa-apa.

Bekerjasamalah dengan MB Khalid yang jelas mendapat perkenan Sultan. Bukankah Pas juga wakil PR ? Jadi tidak benarlah bila dikatakan yang kerajaan PR Selangor telah tumbang. PR masih majoriti dalam Dewan.


Jadi Pas gunakanlah kesempatan terbaik hadiah dari Anwar ini, untuk mengembalikan semula pengaruh dan maruah parti yang selama ini diinjak2 oleh rakan2 PR lain.

Bila lagi nak berada di atas ?

PS - Serius ni .... apa yang mampu MB Khalid buat selagi majoriti kerusi dipegang oleh PR ? Biar jelah Khalid nak terus jadi MB pun .... Khalid pun orang Melayu Islam. Kena gayanya, Khalid masuk Pas nanti !

Jangan terikut sangat gegak gempita dari Dap ... diorang sebenarnya tak boleh tahan bila sedar yang Pas telah menjadi lebih berpengaruh dari Dap. 

Artikel ni bukan apa, cuma kesian jer nengok Pas selama ini menjadi balaci kepada Anwar dan Dap.

source : din turtle

No comments: