NUFFNANG

Tuesday 12 August 2014

Ketua Pemuda PAS Terengganu: Anwar umpama anjing?

Ketua Pemuda PAS Terengganu: Anwar umpama anjing?


“Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul 
Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa ‘Bagai melepaskan anjing tersepit“, demikian luahan 
kemarahan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas di dalam satu 
kenyataan di media sosial mengulas tentang tindakan Anwar yang dilihat membelakangkan ulamak-
ulamak 
PAS.



Faizul melahirkan rasa kesalnya kerana beliau berpendapat PAS amat konsisten memperjuangkan 
keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan di antara kedua-dua parti tersebut. 

Beliau mendakwa, sebaliknya yang berlaku adalah PAS sering menjadi mangsa di kalangan rakan 
pakatan rakyat yang menyerang dan menyalahkan PAS apabila timbulnya sesuatu isu.

Di dalam salah satu komentarnya, beliau juga menyifatkan Anwar sebagai manusia yang tidak 
mengenang 
budi. 

“Di saat dia ditelanjangkan pemerintah ketika itu, pimpinan PAS lah yang balutkan dia pakaian. 
Ustaz-ustaz, Tok-tok Guru berhujjah dengan al Quran dan hadis. Tuan Guru Haji Hadi karang buku 
Qazaf…tup-tup dia suruh budak-budaknya ‘telanjangkan’ Tok Guru kita… memang ANJING!” 
TTIMES memetik komen tersebut. - Terengganu Times

No comments: