NUFFNANG

Monday 25 August 2014

TERKINI ! PAS MALUKAN ANWAR & WAN AZIZAH ...

TERKINI ! PAS MALUKAN ANWAR & WAN AZIZAH ...

Boleh percayakan kenyataan PAS ini atau akan buat U-turn lagi?


PAS mengesahkan baki 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka tidak akan menandatangani surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, 13 Adun tersebut tidak menandatangani sebarang SD menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah seperti yang dilakukan oleh Adun PKR dan DAP.

"Tidak, perkara itu tidak berbangkit," kata Mustafa pada sidang media di ibu pejabat PAS selepas ditanya mengenai SD tersebut.

Mengenai jawatan menteri besar, Mustafa berkata pihak partinya menyerahkan kepada Sultan Selangor untuk menggunakan kebijaksanaannya bagi memilih calon yang baru.

"PAS bersetuju untuk serahkan kepada perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk menentukan siapa pengganti bagi jawatan MB Selangor," katanya.

Pengesahan Mustafa tersebut mengesahkan hanya dua Adun PAS sahaja menandatangani SD ‎menyokong Dr Wan Azizah, iaitu Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin.

Malah, kedua-dua Adun tersebut juga masih berdepan dengan tindakan disiplin kerana membuat tindakan awal yang membelakangi keputusan parti Islam tersebut.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos memutuskan untuk mencalonkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut menyebabkan wujudnya pertikaian di kalangan parti dalam Pakatan memandangkan PKR bertegas untuk kekal dengan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal MB.

Mesyuarat majlis pimpinan PR yang bermesyuarat kemudian petang itu memutuskan untuk menghantar hanya nama Dr Wan Azizah untuk dipertimbangkan istana.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari mengesahkan Pakatan sudah menghantar nama isterinya, Dr Wan Azizah kepada pihak Istana untuk diputuskan Sultan Selangor sebagai MB baru.

Anwar berkata tidak timbul isu dua nama dihantar ke istana.

"Jadi hanya satu calon dan surat itu ditandatangani pemimpin PR, Guan Eng, MatSabu dan saya sendiri, dan itu mencukupi," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Esok, Khalid akan mengadap akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi menjelaskan kedudukannya selepas hilang kepercayaaan daripada majoriti Adun. – TMI 25 Ogos, 2014.

Bagaimana pula kenyataan Anwar Ibrahim sebelum ini ? KLIK SINI

source : dr mim

No comments: