NUFFNANG

Wednesday 20 August 2014

PDRM, SPRM DAN SKMM KENA SIASAT KESAHIHAN PERKARA INI !! Dokumen agenda sulit isu selangor tersebar

Dokumen agenda sulit isu selangor tersebar

Sedang tersebar dalam media sosial sekarang ialah satu set dokumen RAHSIA yang dipercayai menjadi tulang belakang grand design terhadap beberapa isu semasa.

Ia bukan dokumen baru sesuai dengan namanya 'Langkah Kajang' yang telah dijana sejak setahun lalu.

Apapun, melihat senario yang berlaku strategi ini sedang dilaksanakan dan para pemain mematuhi jadual dengan amat baik.

Demang tidak begitu hairan dengan perancangannya sebaliknya ×Demang amat kagum dengan para pemain yang konsisten mematuhi setiap langkah yang direncana termasuk mengorbankan kepentingan peribadi.

Justeru kita boleh lihat tindakan-tindakan seperti ura-ura perletakan jawatan akhirnya benar-benar berlaku meski ada sublakonan bagi 'merealkan' drama.

Dalam pada itu ×Demang rasakan masih ada agenda yang terlindung yang disimpan rapi. Hanya individu tertentu sahaja yang mengetahui iaitu mereka yang terlibat merancangnya.

Demang tidak terkejut jika ia melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi daripada parti-partiutama kalangan kerajaan dan pembangkang.

Cuma Demang tidak tahu adakah TGHH dan PAS telah menghidunya!


source : waadat

No comments: