NUFFNANG

Monday, 25 August 2014

MANA REPORT POLISNYA, RAFIZI RAMLI? KATA DOKUMEN TU PALSU?

MANA REPORT POLISNYA, RAFIZI RAMLI? KATA DOKUMEN TU PALSU?



Rafizi Ramli pucat-pucat mukanya bila dokumen KAJANG MOVE tiba-tiba terpacul dan beredar di Internet dan media sosial lain dengan pantas. Nak salahkan orang tertentu dari kem Khalid Ibrahim, Rafizi tahu, buat saja macam tu, maknanya memang sahlah dokumen tu dia yang karang dan dia yang arahkan, macam Buku Jingga.

Jadi, mahu tak mahu, terpaksalah Rafizi membodohkan dirinya dengan menyatakan dokumen KAJANG MOVE yang dah terdedah itu sebagai dokumen palsu bikinan UMNO. Bukti pemalsuan dokumen tersebut adalah EYES ONLY bukannya PRIVATE and CONFIDENTIAL.

Dengan kata lain, Rafizi Ramli cuba membodohkan rakyat Malaysia dengan permainanistilah Bahasa Inggeris yang sebenarnya lebih tepat penggunaan EYES ONLYberbanding Private and Confidential.

Dah nak masuk seminggu, haram tak ada satu tindakan saman atau laporan polis pun yang dibuat oleh Rafizi Ramli. Malahan sanggahan hanya dibuat pada hari pertama sahaja, tetapi selepas EYES ONLY menjadi hujah menolak pembohongan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR yang sedang cuba menarik PAS untuk terus menjadi macai PKR, mendiamkan diri dan pura-pura tak dengar atau tak mahu bagi respons.

Dia dah cuba untuk mewujudkan satu gelombang serangan ke atas dirinya di luar dari konteks dokumen KAJANG MOVE dengan ciptaan cerita kononnya dia berskandal dengan seorang wanita kulit putih bernama KRISTI yang kemudiannya, Kristi itu adalah nama kucingnya.

Sedangkan di dalam Internet atau bahan bercetak lainnya, nama Kristi yang mempunyai kaitan dengannya, langsung tidak disebut. Malah tiada langsung cerita tentang skandal Rafizi Ramli dengan wanita kulit putih sebagaimana yang didakwanya. Rafizi Ramli barangkali tak tahu, kalau benarlah ada cerita skandal dia dengan wanita kulit putih atau wanita Afrika dari Congo sekalipun, pasti akan gempar kerana rata-rata, ramai percaya Rafizi Ramli mempunyai nafsu songsang!

Dokumen KAJANG MOVE merupakan pendedahan tentang besarnya subversif dan gerakan jahat yang diatur oleh Rafizi Ramli semata-mata untuk menyelamatkanAnwar Ibrahim dan anak beranaknya. Rafizi tahu tentang hal itu. Dan dia juga tahu, kalau dokumen tersebut mengheretnya ke mahkamah, dia akan dikenakan hukuman yang sangat berat jikalau terbukti bersalah.

Sebab itulah dia enggan membuat laporan polis. Sebab itulah juga Rafizi enggan mengambil sebarang tindakan undang-undang, padahal dia dan laporan polis serta saman-menyaman, adalah sedarah sedaging, senafas senyawa, tak boleh dipisah ceraikan ibarat daging dengan tulang.

Tiba-tiba sahaja Rafizi Ramli jadi jantan lembut yang budiman?

Pelik, tak sebab sampai ke hari ini Rafizi Ramli tetap enggan buat laporan polis dan cuba mengalihkan isu Dokumen KAJANG MOVE kepada isu menyerang PAS, sedangkan kalau tak ditolong oleh PAS, Rafizi Ramli tidak akan jadi Ahli Parlimen Pandan!

source : the flying kick

No comments: