NUFFNANG

Friday 15 August 2014

#sultanmurka #langkahkajang AMARAN DARI BEKAS AHLI PAS DAN NOTA DARI LOKMAN ADAM

#sultanmurka #langkahkajang AMARAN DARI BEKAS AHLI PAS DAN NOTA DARI LOKMAN ADAM

Kemelut yang melanda negeri Selangor kini nampaknya kuab meruncing apabila 
sudah kedengaran bahawa ada di kalangan ADUN PAS yang mula menyokong Wan 
Azizah SIKIPAS LIPAS menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Perkara ini telah mendapat perhatian daripada 2 orang bekas pengikut pembangkang 
yang telah mengeluarkan kenyataab mereka pada hari ini.

Ustaz Norman Toha yang dulu merupakan Setiausaha Pemuda PAS Selangor telah 
memberikan amaran kepada Dr Rani yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS negeri
sebelum diambil alih oleh YB Iskandar.


Ustaz Norman telah mengatakan bahawa sekiranya Dr Rani mengikut atau menyokong 
Wan Azizah maka beliau akan mengerahkan semua pengikut Presiden PAS untuk 
melakukan demonstrasi di hadapan rumah ADUN tersebut.

Ini mungkin juga berpunca apabila ada ADUN PAS dilihat tidak begitu yakin pendirian 
mereka untuk mengikuti arahan Presiden parti dan majlis Syura yabg mengatakan 
bahawa PAS menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Begitu juga dengan bekas tahanan ISA yang satu masa dulu bersama sama dengan PKR, 
saudara Lokman Nor Adam, beliau juga seperti dapat merasakan sesuatu apabila 
dua orang ADUN PAS kini seolah olah dibeli atau sememangnya kedua dua ADUN yang 
dikatakan sekarang menyokong Wan Azizah memang orang orang Anwar yang diletakkan 
di dalam PAS tanpa pengetahuan parti itu sendiri untuk menghadapi segala kemungkinan.

Kita ikuti apa kata Lokman Adam tentang hal ini.

NOTA DARI LOKMAN ADAM

Azizah cuma dpt sokongan dari 30 ADUN utk jadi MB. Tapi persoalannya, macamana 
dia nak adakan sidang DUN utk buat undi tak percaya terhadap TSKI tanpa pekenan 
Sultan.

Keduanya, macamana dia nak jadi MB kalau Sultan tak nak? Kenapa dia letak satu nama 
sahaja sebagai calon MB dan tak berikan beberapa nama seperti amalan biasa. Adakah 
ini bertujuan untuk menghasut rakyat membenci Sultan kerana kononnya Sultan menolak 
pilihan rakyat? Ini pilihan rakyat atau Anwar.

Ketiga, Kalaupun Sultan bersedia menerima ADUN lain Selain Azizah sebagai MB....adakah 
kesemua 15 ADUN PAS akan menerimanya? PKR pun belum tentu boleh terima jika nama 
Azmin umpamanya dicalonkan.

Apa yang jelas hari ini rakyat sudah boleh lihat dengan jelas, PAS sekarang bukan macam 
PAS dulu yang meletakkan wala' mereka pada Presiden dan Majlis Syura.  Tindakan teman 
selokap saya semasa di bawah tahanan ISA, Shaari Sungip memang telah lama saya 
jangkakan.  Walaupun beliau meninggalkan PKR dan menyertai PAS, wala' mereka tetap 
pada Anwar Ibrahim, begitu juga Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz, Husam, KJ, Hatta 
Ramli dan rakan2 Erdogannya yang lain.

Lokman Adam.


Perkara sebegini seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang serius memandangkan ADUN PAS
 kini seolah olah boleh dibeli atau mereka sememangnya menjadi pengikut Anwar sejak 
dari dulu dan jika benar begitu, Sangkakala tidak terperanjat jika terdapat ramai lagi 
dikalangan pemimpin dalaman PAS merupakan ahli PKR yang menyelinap masuk untuk 
menjadi mata dan telinga parti berkenaan serta .Mereka mampu untuk menukarka  
sesuatu keputusan mengikut kesesuaian Anwar Ibrahim.

No comments: