NUFFNANG

Friday 29 August 2014

ADAKAH PAS AKAN DIKELDAIKAN LAGI OLEH ANWAR? KRISIS MB SELANGOR : PAKATAN GOYANG , ANWAR CABAR PAS SECARA TERBUKA

ADAKAH PAS AKAN DIKELDAIKAN LAGI OLEH ANWAR? KRISIS MB SELANGOR : PAKATAN GOYANG , ANWAR CABAR PAS SECARA TERBUKA

Seperti yang kita sudah tahu, PAS akan mencalonkan sekurang-kurangnya 3 ADUN daripada PKR untuk jawatan Menteri Besar Selangor. 



Alasannya ialah MB Selangor adalah kerusi PKR tetapi ianya juga dilihat sebagai kompromi untuk mendapatkan kerusi ADUN Pengkalan Kubor dan juga untuk mengekalkan kerusi MB Kelantan adalah milik PAS.

Yang dilihat sekarang ialah ketidakpakatan 'Pakatan' untuk mencalonkan nama ADUN bagi jawatan MB Selangor. Lebih-lebih lagi dilihat parti PAS seperti tidak akan mendedahkan nama-nama 'pilihan' mereka kepada DAP dan PKR.
"Kita tidak boleh beritahu nama yang dibincangkan...tunggulah nanti," kata Mustafa Ali.
Kerahsiaan parti PAS itu sudah pasti tidak akan menyenangkan hati Anwar Ibrahim kerana nama isteri beliau mungkin tidak di dalam senarai PAS. 

Apakah kerana desperado tidak mungkin akan dapat menyelesaikan isu ini secara musyawarah sesama parti, Anwar secara terbuka telah 'meminta' PAS menyatakan sebab PAS menolak nama kroni tegar beliau itu? 
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara terbuka meminta PAS untuk menyatakan sama ada mereka menentang keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita. 
"Oleh kerana ini melibatkan kedudukan seorang wanita, adakah ini bermakna mereka tidak bersedia menerima seorang wanita sebagai pemimpin? Mereka perlu mengambil kira perkara ini," katanya seterusnya
MiM jangka PAS tidak akan jawab soalan Anwar itu. Jika PAS jawab, PAS bodoh kerana mereka yang akan letih menjawab pelbagai persoalan yang timbul dek jawapan mereka. 

Tambahan pula, krisis MB Selangor adalah masalaah parti PKR bermula dengan Langkah Kajang yang semakin kejang dan menjatuhkan maruah parti PKR dan Pakatan pembangkang. Rakyat pun sudah meluat dengan sarkas Pakatan pembangkang ini.  

Satu lagi perkara penting yang rakyat semakin sedar ialah 'Pakatan Rakyat' bukanlah satu pakatan parti politik yang sebenarnya. Mereka tidak boleh lagi mendabik dada tentang 'pakatan' itu kerana realitinya mereka terdiri daripada DAP, PKR dan PAS yang berasingan dan tidak mungkin akan menjadi satu 'pakatan' yang sah.


source : dr mim

No comments: