NUFFNANG

Monday 25 August 2014

PANASSS !!! MSO : Serah Pada Sultan Bermaksud PAS Tarik Balik Keputusan 17 Ogos


PANASSS !!! MSO : Serah Pada Sultan Bermaksud PAS Tarik Balik Keputusan 17 Ogos

AIDCNews – 25/8/14 – Keputusan mesyuarat PAS Pusat hari ini yang memutuskan menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menentukan jawatan Menteri Besar bermaksud parti itu telah menarik balik resolusi mesyuarat PAS 17 Ogos, kata Mohd Sayuti Omar (MSO).
“Mesyuarat jawatankuasa PAS yang diadakan hari ini telah membuat pendirian itu mengubah pendirian sebelum ini yang mahu dua nama dihantarkan kepada Sultan sebagai pengganti Khalid. Dua nama itu ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali.
“Bagaimana pun PAS menarik balik keputusannya itu dengan menyerahkan sepenuhnya kepada SultanSelangor untuk memilih atau menunjukan sesiapa sahaja dari kalangan 54 Adun di Selangor.
“PAS menarik balik dua nama itu apabila PKR memutuskan hanya menghantar satu nama sahaja, Dr Wan Azizah Wan Ismail,”kata penulis pro reformasi, MSO dalam tulisan terbaharunya, bertajuk “Apakah PKR, DAP terima kalau Adun Pas ditunjukki sebagai MB?.”
Menurut MSO, dengan keputusan PAS hari ini, bermakna parti itu juga bersedia jika Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memilih calon menteri besar dari partinya sendiri.
“Mengenai pengisian jawatan MB Selangor yang bakal dikosongkan Abdul Khalid Ibrahim esok, PAS tampaknya ikut sama berangan-angan agar kerusi keramat dan penting itu diberikan kepadanya.
“Apabila PAS dalam mesyuarat jawatankuasa kerja hari ini memutuskan agar Sultan menentukan siapa calon penggantinya, ertinya PAS membuka balik pintu jawatan itu yang sudah ditutup tanpa kunci sebelum ini.
“Keengganan 13 Adun PAS menanda tangan SD sokongan kepada Dr Wan Azizan menyerlahkan niat buruk parti agama itu dan memberi gambaran semangat setiakawan tidak dipatuhi.”
Menurutnya lagi, jika Sultan Selangor memilih calon PAS sebagai calon MB Selangor yang baharu, ia pasti akan ditentang oleh PKR dan DAP.
Jika, situasi itu berlaku, maka kecelakaan akan berlaku iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN) Selangor.
“Apabila PKR dan DAP menentang kalau Adun PAS ditunjuk sebagai MB, ibarat kata akan berlaku KECELAKAAN besarlah di mana ia membawa kepada pembubaran DUN Selangor yang tidak diingini oleh sesiapa itu.
“Pembubaran DUN Selangor selepas kesediaan Khalid untuk berundur secara paksa ia akan diletakkan atas bahu PAS kerana tidak sedia menunjukkan sokongan kepada PKR sehingga merumitkan pengganti Khalid sebagai MB.
“Di samping itu “musibah” itu juga akan dipangkukan ke atas bahu PKR terutamanya Anwar Ibrahimkerana tidak bijaksana menyelesaikan dengan mengambil Azmin sebagai pengganti Azizah seperti mana dikehendaki PAS.
“Kerumitan ini akan dapat diselesaikan kalau PAS dan Anwar menemui jalan penyelesaian.”

source : aidc

No comments: