NUFFNANG

Monday, 18 August 2014

ARTIKEL PANAS DAN MENARIK UNTUK MAJLIS SYURA, KEPIMPINAN PAS DAN AHLI PAS !! Seperti ikan mati, 'PAS is swimming with the flow'

Seperti ikan mati, 'PAS is swimming with the flow'

Saya tidak mempunyai masa semalam untuk menulis kerana meraikan jemputan beberapa orang rakan dan sahabat rapat saya untuk jamuan hari raya. Penat dan kekenyangan kerana menjamah terlalu banyak juadah-juadah enak yang jarang-jarang saya rasa. Saya tidak dapat memberikan komen yang panjang kerana semua telah diketahui umum semasa saya sampai kerumah.

PAS telah bermesyuarat seperti yang dijadualkan dan telah mengambil ketetapan untuk bersama Pakatan Rakyat dan menerima hampir kesemua yang dikehendaki oleh Anwar dan PKR. Parti Islam itu telah membuat sedikit perubahan dengan mencalonkan Azmin Ali sebagai calon tambahan untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim.

Namun keputusan memberikan nama tambahan itu hanya mempunyai nyawa selama beberapa jam sahaja kerana ‘Presidential Council’ Pakatan Rakyat yang bermesyuarat petang semalam telah mengambil keputusan untuk mengekalkan Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi Pakatan Rakyat. Ia bermakna PAS sendiri kenbali bersetuju dengan pencalonan tunggal Wan Azizah itu.

Sekarang ini yang ramai bercakap yang saya dengari bukan lagi isu Khalid Ibrahim, tetapi isu PAS yang nampaknya jelas telah kehilangan kredibilitinya setelah bermesyuarat dan mengambil keputusan. Pendeknya PAS telah bersetuju seratus peratus cadangan PKR dan Anwar dan lagi sekali PAS dalam isu ini ternyata hanya sebagai pak turut sahaja.

Tetapi itu pilihan. PAS masih mahu bersama Pakatan Rakyat dan itu hak pemimpin mereka untuk mengambil sikap itu. Seperti yang saya katakan selalu dalam komponen sesebuah ‘coalition’ seperti Pakatan Rakyat mesti ada yang memerintah dan yang diperintah. Oleh kerana PAS mahu mengambil peranan sebagai parti yang menurut perintah, maka Pakatan masih utuh dipandangan ramai.

Sebenarnya yang tewas bukannya Khalid Ibrahim, tetapi PAS. PAS nampaknya agak berpecah dengan isu Khalid ini. Beberapa hari yang lepas saya terbacasurat terbuka Naib Presiden PAS, Husam Musa yang seolah-olah memukul anak sindir menantu terhadap parti yang beliau sendiri memimpinnya.

Beliau memarahi Khalid kerana menyeret PAS kedalam kancah kemelut di Selangor ini. Sebenarnya dengan surat terbuka itu ia dimaksudkan rasa tidak puas hati terhadap partinya sendiri kerana membuat ketegasan untuk mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar.

Tetapi itu tidak mengapa kerana PAS sudah kehilangan banyak dari ‘attribute’ asalnya. Dengan apa yang diputuskan oleh PAS dalam mesyuaratnya pagi semalam dan apa yang berlaku di mesyuarat ‘Presidential Council’ Pakatan Rakyat petang semalam, PAS nyata tidak mempunyai apa-apa ‘consequence’ dalam Pakatan Rakyat dan tidak lagi ada perbezaannya dengan PKR dan DAP, rakan-rakan kongsi mereka. tetapi itu kehendak pimpinan PAS maka kita mesti menghormatinya.

PAS mungkin sudah tidak mempunyai kudrat untuk mengekalkan identitinya sebagai sebuah parti Islam dan jika ada cara yang baik, elok PAS hentikan menempelkan Islam kepada batang tubuh parti itu. Keras PAS itu hanyalah keras kerak nasi sahaja.

Husam memberikan pandangan dari sudut pandangan beliau sahaja. Khalid bukannya pihak yang kalah sekarang ini. Yang kalah sebenarnya adalah PAS, dan itu juga adalah kerana kehendak dan kemahuan pimpinan mereka juga. Sesungguhnya jika kita perhatikan dari sudut yang lebih luas, sesungguhnya PKR dan Anwar lah yang mengeret PAS kedalam kemelut ini seperti juga yang dilakukan oleh Anwar dan PKR dari dahulu lagi.

PAS telah memikul beban Anwar begitu lama sedangkan Anwar hanya berihat kerana bebannya dipikul oleh PAS dan pimpinannya. Apabila PKR bermasalah, PAS lah yang dijadikan pendinding dan nampaknya PAS ‘gumbira’ melakukannya. Beban Anwar bukannya beban yang kecil tetapi mungkin Islam menuntut untuk bekerjasama dengan PKR dan Anwar itu dengan mengikut semua arahannya.

Tiada siapa yang boleh menolong PAS lagi kerana PAS nampaknya hanya parti alas kaki bagi rakan-rakan kongsinya. Bagaimana Haji Hadi merasakan keadaan sekarang ini tidak dapat kita ketahui. Majoriti jemaah kepimpinannya bertuankan orang luar dari parti itu.

Keadaan ini juga tidak pernah kita menyangka akan berlaku kepada PAS yang dahulunya kuat, tetapi sekarang umur mungkin menyebabkan parti itu bertambah lemah. Tetapi PAS jika ia tidak lagi relevan sekarang, ia tetap parti yang sudah berumur melebihi enam dekad.

UMNO dahulu hanya hidup selama 42 tahun sahaja kerana parti itu telah mati dibunuh dan didera oleh pemimpinnya sendiri. Kecenderungan PAS akan berada dalam ‘oblivion’ agak ‘imminent’, tetapi tidak pula dapat dijangka bila masanya akan tiba.

Sebenarnya PAS takut dengan gertakan setengah pihak yang mengugut yang PAS akan hancur jika tidak bersama Pakatan Rakyat.

Ramai yang tidak menyangka PAS itu sudah hilang nyawa dan jiwanya. Jika PAS ini sebagai ‘ikan yang hidup dilautan’ PAS tidak akan gentar dengan ugutan itu. ‘Ikan yang hidup dan berjiwa tidak akan masin jika dikeluarkan dari lautan yang masin dan luas itu’.

Hanya ikan yang mati sahaja ‘will swim with the flow’. Ikan-ikan mati ini jika direndam dalam air yang masin dan dijemur ia akan menjadi ikan masin kering dengan matanya luas terbuka.

Saya berharap sangat agar pandangan saya ini adalah pandangan yang salah...

No comments: