NUFFNANG

Thursday 14 August 2014

WARKAH KEPADA TUANKU SULTAN SELANGOR

WARKAH KEPADA TUANKU SULTAN SELANGOR

 
DYMM SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL-HAJ SULTAN SELANGOR
Ampun Tuanku Sembah Patik Mohon Diampun,

Adapun patik merafak sembah warkah ini kerana rasa bangga patik kepada Tuanku, tatkala kerajaan di bawah negeri Tuanku berada di dalam cacamerba, Tuanku muncul menjadi penyelamat daripada negeri Selangor rosak binasa.

Tuanku telah membuktikan kepada seluruh pelusuk gugusan nusantara Melayu ini, betapa Tuanku telah mengangkat martabat Kesultanan Raja-Raja Melayu di singgahsananya. Bahawa Raja-Raja Melayu masih berdaulat, ada daulahnya dan senantiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Tuanku, 

Tatkala musuh dalam selimut begitu rakus menggila, ketika negeriTuanku dibelasah oleh mereka yang tamak haloba, bilamana negeri Tuanku diperhina oleh mereka yang buta sejarah...Tuanku telah menunjuk jalan bahawa Raja-Raja Melayu daulahnya akan digunakan apabila sampai masanya, bahawa daulah Tuanku boleh mematikan apa jua kesombongan mereka yang buta hati, bahawa daulah Tuanku jua memberi jalan kebahagiaan kepada rakyat jelata Tuanku.

Patik sungguh rasa bangga dan terharu, sebagai orang Melayu yang duduk di tanah jajahan Tuanku, patik mohon menyampaikan khabar gumbira bahawa rakyat jelata Tuanku berasa sungguh-sungguh bertuah dan menumpahkan lagi kasih sayangnya kepadaTuanku di atas kebijaksanaan Tuanku menyelesaikan kemelut politik di negeri jajahan Tuanku ini.

Sesungguhnya hari ini menjadi sejarah yang terbukti, bahawa tanah Melayu ini ada Rajanya, Rajanya ada di singgahsana,Rajanya menjadi penyelamat di kala kitul-kitul bermaharajalela. Syabas Tuanku.

Semoga Allah SWT memberikan hidayahNYA kepada Tuanku untuk terus memerintah negeri Selangor ini dengan aman dan sejahtera.

Daulat Tuanku.


No comments: