NUFFNANG

Monday 18 August 2014

INILAH DIA GAYA SULTAN ANWAR APABILA AZIZAH JADI MB

INILAH DIA GAYA SULTAN ANWAR APABILA AZIZAH JADI MB


GAYA SULTAN ANWAR APABILA AZIZAH JADI MENTERI BESAR, SINGGAHSANA KUNING, BAJU SAMPING KUNING, KARPET KUNING, KERUSI BERSALUT KEEMASAN
TIADA jalan pintas Azizah untuk menjadi proksi Menteri Besar Selangor bagi pihak Anwar Ibrahim. DYMM Sultan Selangor kini ditentang, dibodoh-bodohkan dan dipermainkan titahnya oleh Anwar Ibrahim. Kasihan Hadi jadi mangsa, semakin dia tua semakin dia dijadikan hampas, tiada lagi wala tiada lagi baiah. 

Krisis di Selangor kini menjadi Sultan Selangor Lawan Anwar Ibrahim. Anwar berkata dalam hatinya, "Ko Sultan duduk diam-diam, bulan-bulan saya bagi you elaun tetap". 

Dashyat sungguh Anwar mempermainkan Raja-Raja Melayu. Itu belum berkuasa, jika sudah berkuasa, Anwar yang menjadi MB belakang tabir Selangor sudah pasti boleh memaksa Sultan Selangor mengikut telunjuknya. Anwarlah yang menjadi Sultan beraja.

Sebenarnya, orang Selangor tidak faham, apabila Azizah menjadi MB, Anwar secara automatik menjadi Sultan Selangor yang baharu. Semua titah Sultan Selangor boleh ditidakkan sebagaimana Anwar mendaakkan titah Sultan sekarang.

Tahniah Rakyat Selangor, kerana bakal berSultankan Anwar Ibrahim.

source : mymassa

No comments: