NUFFNANG

Monday, 25 August 2014

#MH0017 TRAGEDY ... Penerbangan paling sukar, namun dimudahkan – Kapten MH6129


Penerbangan paling sukar, namun dimudahkan – Kapten MH6129

Penerbangan paling sukar, namun dimudahkan – Kapten MH6129

SEPANG: Ketua Juruterbang, Datuk Kapten Missman Leham menyifatkan tugasan membawa pulang 20 jenazah tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang tiba di tanah air pada ×Jumaat lalu adalah ‘penerbangan paling sukar’ baginya sejak menyertai MAS 33 tahun lalu.
Missman berkata penerbangan selama 12 jam itu juga merupakan penerbangan paling emosi buatnya kerana beliau tahu siapakah ‘penumpang’ istimewa pesawat khas MH6129 selain mengenali secara peribadi sebahagian mereka.
“Dua, tiga hari sebelum berlepas sudah rasa sedih, sebab kita tahu ini penerbangan paling penting dan dinantikan ramai, khususnya kepada waris mangsa,” katanya semasa ditemui selepas istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.
missmanMissman (dua dari kanan) bersama pembantu juruterbang MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 pada Jumaat.

Bagaimanapun, Missman bersyukur kerana penerbangan yang membawa 20 jenazah itu dimudahkan, bukan sahaja dari sudut cuaca yang baik, namun mendapat kerjasama daripada semua negara yang dilaluinya.
Katanya setiap negara yang dilalui memberi penghormatan tinggi kerana mengetahui pesawat itu membawa muatan penting.
“Contohnya seperti di Iran. Lazimnya apabila melintasi negera itu, mereka akan meminta ‘entry number’ tetapi kali ini awal-awal lagi mereka sudah maklumkan kita.
“Mereka beritahu tidak perlu entry number, pesawat boleh teruskan penerbangan. Mereka selalunya begitu tegas dalam hal ini,” katanya.
Mengimbas kenangan mengemudikan pesawat itu, ×Missman berkata beliau tidak putus-putus menyedekahkan al-Fatihah kepada mangsa beragama ×Islam dan bertafakur untuk agama lain.
“Sebelum memulakan penerbangan, saya sempat ‘berjumpa’ dengan mereka (jenazah). Saya cakap kepada Hakimi (pembantu juruterbang MH17 Ahmad Hakimi Hanapi) dan rakan-rakan, kami akan bawa kamu balik. Kamu akan berjumpa dengan orang yang dikasihi,” katanya.
Pada penerbangan itu, ×Missman dibantu Kapten Bakri Othman dan ×Kapten Zaim Khalid serta pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.
Ditanya apakah yang menyebabkan beliau dipilih untuk memikul tanggungjawab itu, ×Missman berkata ia berkemungkinan kerana MAS mahu juruterbang senior untuk mengemudi pesawat itu.
Sejak diarahkan, ×Missman tidak putus-putus berdoa supaya penerbangan itu berjalan lancar dan tidak menghadapi masalah.
“Alhamdulillah, doa itu dimakbulkan,” katanya.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari ×Amsterdam ke Kuala Lumpurterhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah ×Donetsk, timur Ukraine.
Seramai 43 rakyat ×Malaysia terbunuh dalam insiden itu.
- BERNAMA

source : pisau.net

No comments: