NUFFNANG

Wednesday, 27 August 2014

ANWAR, RAFIZI, NASUTION DAN PKR OLEH Kerana terlalu berpencak dan berkeris, akhirnya menikam diri sendiri

ANWAR, RAFIZI, NASUTION DAN PKR OLEH Kerana terlalu berpencak dan berkeris, akhirnya menikam diri sendiri

Tindakan Tuanku Sultan untuk menolak Wan Azizah sebagai pengganti Menteri Besar Selangor sambil meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari dua nama calon memberi makna calon kehendak Anwar tidak diterima. Tetapi DAP sudah pasti tidak berkelayakan untuk mencalonkan sesiapa dari partinya kerana DAP tidak mempunyai calon berbangsa Melayu di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. DAP sesungguhnya adalah parti Cina walauipun bersyarah di sana sini mengakui parti itu sebagai parti berbilang kaum.

Dalam isu ini hanya PKR dan PAS sahaja yang layak untuk mengemukakan nama-nama calon kerana kedua-dua parti ini adalah parti-parti orang Melayu. Oleh kerana PKR dan DAP masih kekal dengan satu nama, iaitu Wan Azizah sahaja, maka yang akan mengemukakan calon lain hanyalah PAS. PKR tidak mahu akur dengan titah Tuanku untuk memberikan nama yang lain dari Wan Azizah. Maka parti mana yang mahu menerima titah Tuanku itu akan dipertimbangkan untuk menjadi pengganti kepada Khalid Ibrahim.

Situasi ini sangat menarik kerana PKR tidak akan mengemukan calon pilihan selain dari Wan Azizah, maka secara langsungnya PKR tidak akan dipertimbangkan untuk sesiapa menjadi Menteri Besar, pengganti Khalid Ibrahim. Di sini adalah garis penamat kepada ‘Kajang Move’ yang dikatakan adalah buah fikiran pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli dahulu.

Jika calon PAS tidak diterima oleh Pakatan Rakyat maka jalan terakhir ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor dan diadakan pilihanraya negeri yang baru. Jika ini terjadi maka PKR adalah penyebab kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor dan tiada pilihan yang lain, melainkan DAP bertukar pendirian dan menyokong calon dari PAS. Itu sukar untuk terjadi kerana DAP lebih mendengar ‘titah’ Anwar Ibrahim yang mahukan Wan Azizah sebagai pengganti kepada Khalid bagi melangsungkan tindakan ‘Kajang Move’ tadi.

Sesungguhnya ‘Kajang Move’ itu telah mengecilkan padang permainan bagi PKR khususnya Anwar Ibrahim itu. Sekali gus keadaan ini meniruskan sokongan ramai terhadap Anwar Ibrahim, 'ibarat tali gasing, semakin ke hujung semakin menirus (kecil)'. Jika sokongan terhadap Anwar semakin kecil ia memberi makna yang Anwar semakin menghapiri hayat politiknya dan mana-mana parti atau mana-mana yang bersekongkol dengan Anwar dan hilang dalam ‘oblivion’ politik negara secara beransur-ansur.

Samada DAP masih mahu menghadapi risiko ini terpulang kepada parti itu. Bagi banyak pihak dari apa yang berlaku di Selangor ini, mana-mana pihak yang masih mahu bersama Anwar serta menumpang memikul bebannya sekali, adalah satu pendirian yang dikatakan 'berenang dan tenggelam bersama'.

Tetapi DAP akan membayar harga yang terlalu tinggi ‘to swim and sink together’ bersama PKR dan Anwar khususnya..Jika itu pilihan DAP maka DAP akan dikenang sebagai parti yang mempunyai setiakawan yang tinggi sehingga sanggup bersama kehilangan ‘plot’ perjuangan parti itu sendiri untuk bersama menjamah kuasa di Putrajaya yang selama ini yang dikeliurkan oleh parti itu.

Isu yang dihadapi oleh Selangor ini bukan sahaja dirasakan tempiasnya oleh PKR, tetapi tidak ramai yang sedar apa yang lain yang akan berlaku. Kecenderungan untuk DAP 'menjilat lukanya sendiri' secara sendirian akan dialami mereka kerana berpendirian ‘sinking and swimming’ bersama dengan PKR itu.

Hakikatnya mana-mana parti yang wujud diatas perpecahan rakyat seperti PKR ini, parti itu tidak akan kekal lama. Keadaan ini sudah mula terbau dengan perpecahan parti itu di setiap peringkat hasil dari pemilihan pimpinan parti itu yang baru sahaja selesai beberapa hari yang lepas sebelum kongress parti itu diadakan. Kekusutan dan masalah ‘intra-party’ yang dihadapi oleh PKR itu ditokok-tambah pula dengan masalah dan kerumitan ‘inter-party’ dalam Pakatan Rakyat, khususnya masalah parti itu dengan PAS.

Keadaan ini telah jelas membawa PKR kepada krisis keyakinan yang begitu serius dan akan terbongkar dalam masa yang tidak lama lagi. Krisis ini akan membawa padahnya sekali kepada DAP yang menganggotai Pakatan Rakyat itu. Tidak kita ketahui bagaimana DAP untuk mengelak dari tercalar dalam menghadapi krisis keyakinan terhadap Pakatan Rakyat khususnya PKR ini.

Itu sebabnya blog ini selalu mengingatkan semua samada satu-satu 'coalition' itu kekal lama atau sebaliknya bergantung kepada manusia yang memimpinnya. Pemimpin yang bermasalah tidak mungkin bertindak dengan betul dan tepat kerana pemimpin seperti ini akan menjadi beban kepada jemaah dan kumpulan yang dipimpinnya. Pemimpin itu sendiri akan bertindak mengikut apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah beliau.

Pemimpin seperti ini akan mendahului tindakannya untuk menyelesaikan masalah sendiri dan sebagai contoh ‘Kajang Move’ itu boleh dijadikan iktibarnya. ‘Kajang Move’ sudah terbukti dilakukan hanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Anwar yang beliau sendiri merupakan penyebab masalahnya itu.

Akhirnya ini yang terjadi dan masalah dan isu Selangor sekarang merupakan ‘pinnacle’ terhadap masalah pucuk pimpinan Pakatan Rakyat itu sendiri. Tidak tentu pasal DAP dan PAS menjadi mangsa hasil dari tindakan melulu seorang individu yang bermasalah itu. Cita-cita tinggi yang tidak mungkin tercapai jika dinilai dari zahir dan adatnya. Kehendak Tuhan kita tidak tahu dan itu bukannya tahap makam kita untuk melihat secara makrifah apa yang akan terjadi di masa depan.

Pendeknya ‘Kajang Move’ itu bukan menambah peluang PR ke Putrajaya tetapi sebaliknya terbukti yang langkah itu merupakan satu tindakan menyempitkan jalan bagi PR untuk menghampiri Putrajaya selepas pilihanraya akan datang.

Sesungguhnya ‘Kajang Move’ itu merupakan satu tindakan yang ‘unnecessary’ dan yang membazirkan peluang untuk mencapai cita-cita ke Putrajaya. 'Yang dikejar tidak tercapai dan yang dikendung berciciran'.

'Terlalu berpencak dan berkeris, akhirnya menikam diri sendiri'. Jangan salahkan sesiapa cukuplah.

No comments: